Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Makan Sisa Pelanggan, Budak...

SEORANG kanak-kanak pelarian Syria yang kebuluran dipukul seorang pengurus restoran makanan segera Burger...

Mulai Januari 2019, Johor...

PENGHARAMAN penggunaan plastik konvensional dan polisterina akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2019...

Budak Maut Ditarik Buaya...

MALANG sememangnya tidak berbau.. mayat kanak-kanak lelaki dua tahun yang hilang selepas ditarik...

Kereta Nasional Ke-3 Akan...

KUALA LUMPUR - Projek kereta nasional ke-3 akan dibiayai syarikat swasta seperti SilTerra...

Budaya Sabotaj Masih Ada Dalam Perkhidmatan Awam, Tapi Tidak Ramai

LANGKAWI – Budaya mensabotaj pelaksanaan dasar-dasar kerajaan masih wujud dalam kalangan kakitangan perkhidmatan awam, namun jumlahnya sudah berkurangan.

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau masih bercakap mengenai isu itu kerana ‘kerja pembersihan’ di dalam jabatan dan agensi kerajaan tidak boleh dibuat dalam jangka masa yang singkat.

“Masih ada pegawai yang tidak komited…misalnya berlaku ada kakitangan empat bulan tidak dibayar gaji sedangkan ia boleh dilakukan, saya tidak faham kenapa.

“…..kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya dalam sesi soal jawab di Majlis Perjumpaan Pegawai Kanan Kerajaan bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi di sini, malam ini.

Beliau berkata perkara berkaitan sabotaj itu juga sering dibangkitkannya dengan tujuan sebagai peringatan supaya semua jentera kerajaan tidak melakukan perkara yang salah, sebaliknya menjalankan tanggungjawab,mereka dengan amanah.

Mahathir berkata kakitangan awam juga harus bertoleransi dengan pegawai-pegawai khas lantikan politik yang kurang arif dalam pentadbiran dan sebaiknya mengelakkan sebarang perbalahan.

“Orang baharu ni kena belajar, kalau tak ada langsung sabar, tak dapat bekerjasama, sebab tu kita kena tolak ansur sedikit sebanyak,” katanya.


Beliau berkata semua pihak perlu belajar untuk menghadapi kekurangan bukan dengan kemarahan, tapi membetulkan apa yang salah dengan baik.

Katanya dunia mengiktiraf pemerintahan Malaysia sudah pulih dengan baik walaupun tidak sepert dahulu.

“Mereka perhati dan tanya apa nak buat… Perdana Menteri Pakistan datang nak tanya kita sedikit sebanyak yang dah berjaya dapat laksanakan tugas kita.

“Kerosakan pemerintah terdahulu sangat dahsyat hingga kita pun hairan, tapi kini kita dapat pulihkan pentadbiran negara walaupun belum lagi capai tahap yang memuaskan,” katanya. – BERNAMA

Kategori