Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Naib Presiden Eksekutif Maybank...

SINGAPURA - Ketika DAP di Malaysia giat cari anak Melayu untuk dijadikan calon...

APMM Kudat Tahan 4...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat menahan empat bot nelayan...

Bacaan IPU Di Keningau...

KOTA KINABALU - Kualiti udara di Keningau, yang terletak kira-kira 131 kilometer dari...

Pemimpin PH Dulu Bising,...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir pemimpin-pemimpin...

Bukan Hari Mudah Untuk Saya Kata El Pescao

SEPANG – Pelumba MotoGP negara yang pertama, Hafizh Syahrin menghadapi hari yang sukar dalam usahanya mencatatkan masa terbaik di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini, dengan menyaksikan beliau mengakhiri dua sesi latihan bebas di tempat ke-18.

Pelumba Monster Yamaha Tech 3 itu mencatatkan masa dua minit dan 01.419 saat dalam sesi latihan bebas pertama dan gagal memperbaiki cacatan masanya semasa sesi latihan bebas kedua apabila hanya mencatatkan 2:01.894s yang membuatkan beliau ketinggalan hampir satu saat di belakang saingan terdekat dalam katogeri pelumba baru terbaik iaitu penunggang Honda, Franco Morbidelli.

“Ia bukan hari yang mudah untuk saya di GP Malaysia (Grand Prix). Kami menjangkakan kami boleh memperbaiki masa ketika sesi latihan bebas pertama (FP1) tetapi saya tidak pasti kenapa ini berlaku tetapi kadangkala perkara ini berlaku kepada semua penunggang yang mengharapkan mereka dapat memperbaiki masa di litar kegemaran mereka.

“Bagaimanapun, saya harap kami akan dapat membuat satu langkah besar kerana saya percaya kepada pasukan saya dan diri saya sendiri bahawa kita boleh catatkan masa lebih baik. Mungkin hari ini bukan hari kami, dan kami akan terus berusaha lebih keras esok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dua pelumba baru – Takaaki Nakagami (Jepun) dari LCR Honda Idemitsu dan Morbidelli (Itali) masing-masing berada di tempat ke-13 dan ke-14 dalam kedua-dua sesi latihan bebas.

Penunggang berusia 25 tahun itu, mengakui bahawa dia menghadapi kesukaran dengan penyelarasan motosikalnya terutama pada pemilihan tayar yang sesuai tetapi memuji sayap baru yang memainkan peranan besar dalam mengurangkan angin disamping memberikan impak yang baik kepada tunggangannya.

“Tentunya ia (sayap) itu banyak membantu saya terutamanya di bahagian yang lurus. Saya tidak rasakan angin yang banyak. Ia juga bantu pada tayar hadapan saya tetapi pada masa ini cengkaman pada motosikal saya membuatkan saya sedikit keliru kerana kami cuba pelbagai jenis tayar, tetapi ia tidak membantu saya.


“Tayar lembut seharus lebih baik kerana semua penunggang memperbaiki masa pusingan mereka kerana penggunaan tayar lembut. Tetapi apabila saya menukar kepada tayar lembut ia tidak memberi apa-apa kebaikan kepada saya jadi mungkin ada yang tidak betul dengan penyelarasan motosikal yang kami perlu betulkan,” katanya.

Hafizh, yang digelar ‘El Pescao’, sudah bersedia untuk sesi kelayakan esok bagi memulakan perlumbaan pada hari Ahad pada kedudukan terbaik.

“Saya akan cuba membuat yang terbaik esok. Akan cuba mencatatkan masa satu saat lebih baik daripada catatan masa hari ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori