Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sukan Mampu Menyatukan Rakyat...

KUALA LUMPUR - Sokongan padu rakyat berbilang kaum terhadap Olimpian negara membuktikan acara...

Calon PAS Dedah Tidak...

KUALA LUMPUR - Calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad mendedahkan beliau sebenarnya tidak pernah...

Polis Terus Lakukan Carian...

KUALA LUMPUR - Anggota dan pegawai polis yang melakukan pencarian di kediaman bekas...

Malaysia ‘Milik’ DAP Jika...

KUALA LUMPUR - DAP mengingatkan semua pihak bahawa parti itu memegang sebanyak 42...

Bukan RM75 Juta Tetapi RM82 Juta – Koo Ham

IPOH – “Saya bukan Ahli Parlimen terkaya di Malaysia, saya yakin ada lebih kaya namun (mereka) belum isytiharkan harta mereka,” kata Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berkata, kekayaan yang diisytiharkan itu adalah bukti ketelusan dirinya dan harta yang diperoleh adalah daripada kerjayanya sebagai peguam selama 32 tahun serta pelaburan yang dibuat sejak 20 tahun lalu.

“Biar saya jelaskan, saya mahu telus dan apa yang sudah diisytiharkan ini saya bukan Ahli Parlimen terkaya kerana ada mereka (Ahli Parlimen) yang belum mengisytiharkan berapa harta mereka di mana terdapat beberapa orang lagi dari pihak Pakatan Harapan (PH).

“Semua Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) atau pihak pembangkang belum melakukannya dan saya rasa daripada laporan (pengisytiharan harta) selepas ini ramai daripada mereka ada berbilion atau ratusan juta (kekayaan).

“Jadi jumlah saya ini bukanlah banyak sangat berbanding mereka, bagaimanapun saya bukan orang yang tidak bersyukur dan saya syukur kepada tuhan dengan apa yang ada,” katanya ketika ditanya mengenai aset bernilai RM75.81 juta yang diisytihar dan disiarkan di portal Perisytiharan Harta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, nilai aset yang diisytihar kepada SPRM adalah sebanyak RM82 juta dan bukannya RM75 juta seperti yang dilaporkan dalam portal berkenaan.

“Jika dalam tempoh dua tahun akan datang, umum mendapati saya mempunyai harta lebih beberapa juta, sebenarnya saya isytihar kepada SPRM saya mempunyai aset sebanyak kira-kira RM80 juta dan RM2 juta lagi di bawah nama isteri dan anak.

“Jadi sepatutnya RM82 juta dan ini tidak termasuk dua lagi aset yang belum dinilaikan iaitu pegangan saham dalam syarikat guaman yang sudah saya serahkan kepada rakan kongsi selain insurans yang juga belum dinilaikan,” katanya.


Beliau berkata, bukan niatnya ingin bermegah dengan kekayaan yang dimiliki tetapi bersyukur dengan segala yang diperoleh dan berterima kasih kepada rakan serta komuniti yang memberikan sokongan kepadanya.

“Saya sudah menjadi peguam selama 32 tahun dan sejak 20 tahun lalu saya bukan bekerja hanya untuk wang dan selepas saya mendapat RM2 juta pertama, saya turut menyumbang kepada masyarakat.

“Hasilnya pelaburan yang saya buat memberi pulangan besar di mana saya mendapat hasil daripada aset dibeli yang meningkat harganya.

“Kesederhanaan pada saya adalah kebebasan di mana saya masih memotong rambut pada kadar RM6 atau paling mahal di salun RM15,” katanya.

Beliau turut menegaskan sepanjang hidupnya sama ada dalam dunia politik atau perundangan beliau tidak pernah mengambil sebarang rasuah dan berdasarkan prinsip tolak rasuah itu juga beliau berjaya dalam hidup serta masyarakat mempercayainya kerana prinsip berkenaan. – BH ONLINE

Kategori