Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

El Nino Tidak Ancam...

LABUAN - Peningkatan suhu air laut berikutan fenomena El Nino sekarang tidak menjejaskan...

Muhyiddin Mesyuarat Esok Perhalusi...

SUNGAI SIPUT - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan mesyuarat...

Ariana Adakan Konsert Amal...

PENYANYI Ariana Grande mengumumkan dia akan kembali ke Manchester, United Kingdom untuk menjayakan...

Faktor Keluasan Beri Cabaran...

KOTA SAMARAHAN - Faktor keluasan Sarawak memberikan cabaran kepada kerajaan negeri untuk membangunkan...

BWF Umum Tuan Rumah Kejohanan Utama 2019-2025

KUALA LUMPUR – Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini mengumumkan 18 tuan rumah bagi kejohanan utama dari 2019 hingga 2025 kepada 11 anggota persatuannya dari empat benua.

China mendahului yang lain apabila ia diberi hak oleh badan tadbir badminton dunia itu untuk menjadi tuan rumah kepada empat kejohanan — Final Piala Thomas dan Uber 2024, Piala Sudirman 2021 dan 2025, juga Kejohanan Remaja Dunia 2021.

Pengumuman negara yang berjaya dalam bidaan mereka dilakukan oleh Presiden BWF, Poul-Erik Hoyer Larsen, di sini malam ini.

Poul-Erik ketika ditemui wartawan selepas membuat pengumuman itu berkata keputusan untuk memberikan hak menjadi tuan rumah kepada 18 pembida dalam satu proses bidaan adalah sejajar dengan wawasan BWF untuk menyediakan sasaran jangka panjang bagi meluaskan inisiatif pembangunan dan mewujudkan kedudukan strategik bagi sukan itu dalam projek dan perkongsian baharu.

“Kami bertuah menerima beberapa bidaan yang hebat, kesemuanya dengan pandangan jauh ke depan seperti kami. Biarpun tempoh penilaian yang memenatkan, kami mampu menentukan bandar raya dan negara tuan rumah yang terbaik untuk memenuhi kepentingan sukan ini, kata Poul-Erik, pemenang pingat emas perseorangan lelaki Sukan Olimpik Musim Panas 1996.

Final Piala Thomas/Uber:

2020 – Aarhus, Denmark

2022 – Bangkok, Thailand

2024 – China

Piala Sudirman:

2021 – China

2025 – China

2023 – New Delhi, India

Kejohanan Dunia:

2021 – Sepanyol

2022 – Tokyo, Jepun


2023 – Copenhagen, Denmark

2025 – Paris, Perancis

Kejohanan Remaja Dunia:

2019 – Kazan, Rusia

2020 – Auckland, New Zealand

2021 – China

2022 – Sepanyol

2023 – Honolulu, Amerika Syarikat

Kejohanan Senior Dunia:

2021 – Sepanyol

2023 – Seoul, Korea Selatan

2025 – Auckland, New Zealand

(Nota:Tiada Kejohanan Dunia pada 2020 dan 2024 kerana Sukan Olimpik) – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BWF

Kategori