Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Covid-19: Tak Perlu Hentikan...

SITUASI semasa penularan virus COVID-19 yang masih terkawal di negara ini tidak memerlukan...

800 Peserta Jayakan Program...

KOTA KINABALU - Kira-kira 800 peserta menyertai program Kayuhan Hari Kebangsaan, sempena Bulan...

Israel Tinggalkan UNESCO Sebab...

PARIS - Israel mengumumkan turut menarik diri daripada agensi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan...

1,176 Taska Tak Berdaftar...

KOTA KINABALU - Sejumlah 1,176 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di negara ini tidak...

Cabul: Bekas Pegawai Khas Adun DAP Kena Bela Diri

GEORGE TOWN – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang bekas pegawai khas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP membela diri atas pertuduhan mencabul seorang wanita, tahun lalu.

Majistret Jamaliah Abd Manap membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh L.Prem Anand.51, di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Jan depan untuk tertuduh membela diri.

Pada 18 Julai tahun lalu, Prem Anand didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan seorang wanita berumur 22 tahun di tempat letak kereta sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai di sini, kira-kira jam 11.30 malam , 6 Julai tahun lepas.

Prem Anand yang merupakan bekas pegawai khas Adun Paya Terubong didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua dari mana-mana hukuman itu, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shafiq Mohd Sazali dan tertuduh diwakili peguam E.Gnasegaran. – BERNAMA

Kategori