Saturday, November 30, 2024

Creating liberating content

Hutang PTPTN, Janji Fantasi...

SELEPAS tidak mampu menunaikan janji-janji pilihan raya, Pakatan Harapan (PH) akhirnya menyalahkan pula...

Zon Hijau Covid-19 Bertambah...

SATU lagi daerah dikategorikan sebagai zon hijau Covid-19 menjadikan keseluruhannya 65 zon tiada...

80 Golongan Miskin Terima...

SEREMBAN - Seramai 80 wanita warga emas, daripada golongan berpendapatan rendah dari seluruh...

BN Manfaatkan Baki Masa...

TUMPAT - Dengan tempoh berkempen yang kini tinggal dua hari lagi, jentera petugas...

Cadangan Haram Penanaman Ketum Dibawa Ke Kabinet

PUTRAJAYA – Cadangan Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-Undang (JPU) agar penanaman ketum diharamkan akan dikemukakan kepada Kabinet untuk keputusan segera, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata rumusan mesyuarat JPU yang dipengerusikannya hari ini akan dibawa ke perhatian Jawatankuasa Kabinet Membanteras Dadah yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dijadual bersidang dalam masa terdekat.

Muhyiddin berkata pengharaman itu mampu menghentikan penggunaan daun ketum yang semakin membimbangkan, sehingga ke tahap memprosesnya menjadi bahan yang lebih membahayakan pada masa hadapan.

“Walaupun tidak dikategorikan sebagai dadah berbahaya, penilaian Kementerian Kesihatan mendapati penggunaan tidak terkawal bahan itu boleh membawa kesan negatif dan berbahaya kepada pengguna.

“Kita tidak mahu rakyat terus menderita akibat ketagihan dan kita juga tidak terlewat dalam membendung masalah itu, maka JPU menyarankan supaya pengharaman penanamannya diputuskan segera Kabinet,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat JPU di sini.

Muhyiddin berkata mengikut peruntukan undang-undang, bahan mitragynine yang terkandung dalam pokok ketum tersenarai dalam Jadual Ketiga, Bahan Psikotropik, Akta Racun 1952, di mana ia dikawal di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 iaitu pengawalan bagi import, eksport, pembuatan, penjualan dan lain-lain bahan psikotropik.

Mengikut undang-undang, apabila pokok ketum dituai untuk mendapatkan bahan mitragynine atau daun ketum bagi apa-apa tujuan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, ia menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 30 (5) Akta Racun 1952.


Berkenaan dakwaan ketum sebagai ubat, Muhyiddin berkata pelbagai takrifan diberikan pihak tertentu bagi mewajarkan penggunaannya tetapi JPU berpandangan ia tetap perlu dikawal melalui undang-undang tertentu bagi mengelak digunakan dalam bentuk yang pelbagai yang lebih negatif sifatnya.

“Pengharaman ini adalah langkah terbaik dalam menangani kes salah guna bahan itu, malah ada kes di mana Malaysia menjadi pengeksport kepada Thailand sedangkan negara itu mengharamkan ketum atas sebab negatif yang dibawa, ini antara perkara yang perlu diberi perhatian dan dibendung,” katanya.

Muhyiddin berkata JPU juga akan mencadangkan kepada kerajaan supaya Rang Undang-Undang Akta Bahan Khayal (Inhalan) 2018 dapat dibentang di Parlimen dan diluluskan bagi menguatkuasakannya seperti yang dilaksanakan di beberapa negara ASEAN.

“Jika diluluskan, ia antara lain dapat memastikan kes-kes menghidu gam yang kebanyakannya melibatkan golongan remaja dapat dikawal dari sudut undang-undang, terutamanya dalam konteks pemulihan dan kesedaran,” katanya. – BERNAMA

Kategori