Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Mengerikan! Wanita Maut Di...

TRAGIK... Seorang wanita muda maut selepas lehernya tersangkut di pagar besi penghadang pejalan kaki...

Hubungan Kaum Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat mencemarkan imej Malaysia sebagai...

Rogol Teman Wanita, Kelindan...

PETALING JAYA - Seorang kelindan lori dihukum penjara lima tahun dan dua sebatan...

Covid-19 Jadi Alasan Majikan...

TANPA berselindung Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui...

Cahaya Deepavali Sinari Nilai-Nilai Persaudaraan, Persatuan Rakyat Malaysia

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap cahaya Deepavali akan menyinari nilai-nilai yang mengukuhkan persaudaraan dan persatuan seluruh rakyat Malaysia.

“Kita mesti mempertahankan semangat murni dan kerjasama antara kaum negara ini yang menjadi tunggak kekuatan Malaysia yang menjadi teladan dunia,” katanya dalam perutusan Deepavali beliau, yang disambut esok.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Deepavali juga mengingatkan untuk memberikan sinar hidup kepada mereka yang kurang bernasib baik supaya tidak ada kumpulan yang dipinggirkan.

Bagi mencapai hasrat itu, katanya peruntukan RM100 juta dikhususkan untuk menyokong kaum India dalam Belanjawan 2019 dan peruntukan RM50 juta juga disediakan untuk pembangunan dan penambahbaikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara.

“Kerajaan tidak mahu ada sesiapa yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara.


“Marilah kita sama-sama langkah ke hadapan untuk melahirkan Malaysia Baharu yang kita semua impikan,” katanya. – BERNAMA

Kategori