Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MKN Tahan 90 PATI...

LABUAN - Sebanyak 90 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu...

Penjara Seberang Perai Cari...

BUTTERWORTH - Penjara Seberang Perai mencari anggota keluarga atau waris kepada seorang banduan...

Somalia: 110 Orang Maut...

MOGADISHU - Seramai 110 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak maut dalam tempoh dua...

Jangan Guna Istilah ‘Pendatang...

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mendakwa istilah 'pendatang haram' yang digunakan untuk menggambarkan...

‘Camp Fire’ Akhirnya Berjaya Dikawal

LOS ANGELES – Kebakaran hutan terburuk di California, dikenali sebagai ‘Camp Fire’ akhirnya berjaya dikawal, lebih dua minggu selepas ia mula tercetus, kata pihak berkuasa semalam.

‘Camp Fire’ yang bermula 8 November lalu sehingga kini meragut 87 nyawa walaupun sejumlah 249 individu lagi masih belum dikira.

“Jumlah itu berkurangan dengan begitu mendadak pada hujung minggu selepas sebelum ini dicatatkan pada 474 Jumaat lalu. ‘Camp Fire’ kini berjaya dikawal sepenuhnya,” kata pihak berkuasa bomba California atau Cal Fire dalam buletin di Twitter.

Menurut pejabat sherif Butte County yang mengambil masa tiga jam perjalanan dari San Francisco, 54 kematian berjaya disahkan manakala 153,336 hektar kawasan dan 14,000 rumah serta bangunan musnah dalam kebakaran itu.

Hujan lebat di kawasan kebakaran sejak beberapa hari lalu membantu anggota bomba mengawal api namun ia juga menjadikan kerja mencari mangsa semakin sukar.

‘Camp Fire’ ialah kebakaran kedua terbesar melanda California beberapa minggu kebelakangan ini dengan tiga orang dilaporkan maut dalam insiden sama di Malibu.


Asap dari ‘Camp Fire’ yang begitu tebal menyebabkan semua sekolah di San Francisco terpaksa ditutup awal bulan ini, begitu juga beberapa tarikan pelancong seperti kereta kabel dan pulau Alcatraz.

Gabenor California, Jerry Brown memberi amaran, pertambahan jumlah kebakaran besar dijangka berlaku sebagai kesan daripada pemanasan global.

Presiden Donald Trump ketika melawat pekan paling teruk terjejas, Paradise minggu lalu mencetuskan rasa tidak senang penduduk apabila berkata kebakaran terbabit berpunca daripada kegagalan pengurusan hutan.

Sebelum pengumuman mengenai kebakaran berjaya dikawal itu dibuat, pihak berkuasa sudah mula membenarkan orang ramai pulang ke kediaman masing-masing untuk memeriksa kerosakan atau kemusnahan yang berlaku. – AFP/BH ONLINE

Kategori