KUALA LUMPUR – Carlsberg Malaysia memberi peringatan sedang memantau situasi seorang pekerja wanitanya yang dikonfrontasi oleh seorang lelaki semasa mempromosikan arak di di sebuah pasar raya pada 18 November lalu.
Pengarah Urusannya, Lars Lehmann berkata, wanita itu telah diganggu oleh lelaki agresif tersebut semasa sedang menjalankan tugasnya yang mematuhi peraturan dan undang-undang.
“Kami berasa amat bangga dengan caranya mengendalikan situasi sukar itu dan menawarkan sokongan serta-merta apabila beliau melaporkan kejadian itu.
“Kami mahu menekankan aktiviti sampel kami hanya kepada bukan Islam dan usia yang dibenarkan membeli sahaja. Walaupun tahu hak kami dalam perkara ini, keutamaan kami adalah terhadap keselamatan promoter kami,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Seorang lelaki Melayu baru-baru ini bertindak menegur secara kasar perbuatan seorang pekerja wanita produk minuman keras mengedarkan sampel arak kepada orang ramai di sebuah pasar raya.
Terdahulu, Carlsberg Malaysia dalam kenyataan itu melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap insiden dialami pekerja wanita tersebut dan akan menghulurkan segala bantuan yang diperlukan oleh dia dan keluarganya. – MYNEWSHUB.TV