Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Terima Balasan, Culik...

CHINA - Seorang lelaki yang menculik tunangnya atas nama cinta kemudian menyumbat wanita...

Hujan Lebat Luar Biasa...

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang hari ini sekali menegaskan kejadian banjir lumpur yang...

Tunggu Laporan Bedah Siasat...

KUALA LUMPUR - "Tunggu laporan bedah siasat dahulu, bila ada keputusan muktamad, kita...

Guan Eng Jamin ADUN...

KUALA LUMPUR - DAP memberi jaminan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti...

City Hilang 3 Tonggak

LYON (Perancis) – Manchester City berkunjung ke Olympique Lyonnais untuk aksi Kumpulan F, Liga Juara-Juara tanpa beberapa pemain tonggak – Bernardo Silva, Gabriel Jesus dan Ilkay Guendogan.

Trio itu tidak tersenarai dalam skuad 19 pemain ke Perancis dan pengurus pasukan, Pep Guardiola dalam satu sidang media pra perlawanan berkata, ketiga-tiga pemain itu tidak bersama pasukan kerana masalah kecergasan.

“Bernardo Silva berada pada tahap terakhir sebelum cergas sepenuhnya. Gabriel Jesus mengalami masalah otot ketika latihan, tetapi belum bersedia sepenuhnya. Ilkay Gundogan ada masalah di bahagian kaki,” kata pengendali dari Sepanyol itu dalam laman rasmi kelab.

“Saya lebih suka untuk mempunyai skuad penuh ketika memilih pemain, tetapi itulah yang berlaku. Kami perlu menyesuaikan diri dengan pemain yang berada di sini dan akan cuba melakukan tugas dengan baik.

“Mereka yang tidak berada di sini juga akan melakukan yang terbaik untuk kembali pulih sepenuhnya.”

Mendahului saingan kumpulan, City yang tewas 1-2 di laman sendiri di tangan Lyon pada aksi pembukaan, bakal layak ke pusingan 16 terbaik jika seri, dan menjamin kedudukan teratas kumpulan sekiranya menang di Stade de Lyon.

Lyon juga bakal mara jika menang, dan keputusan seri juga sudah cukup untuk membolehkan mereka layak ke pusingan jika satu lagi perlawanan antara Hoffenheim dan Shakhtar Donetsk juga terikat seri.


City mendahului saingan kumpulan dengan sembilan mata di depan Lyon (enam mata), manakala Hoffenheim (tiga mata) dan Shakhtar, dua mata.

City sudah lama dibelenggu dengan isu kecederaan dengan ketiadaan Kevin De Bruyne dan Benjamin Mendy kerana mengalami masalah lutut, tetapi Guardiola berkata pemain remaja, Phil Foden sudah sedia untuk diturunkan.

“Ketika dia diturunkan pada aksi terakhir pra musim, saya begitu teruja. Dia kini lebih kuat dan mampu bermain dengan kami tanpa ragu,” kata Guardiola yang pasukan kendaliannya juga kini mendahului saingan Liga Perdana Inggeris.

“Setiap kali bermain, dia menunjukkan sesuatu yang bagus. Sebab itulah dia kini sudah bersedia (untuk diturunkan),” katanya mengenai pemain England bawah 21 tahun itu. – Reuters

Kategori