Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Warga Indonesia Cabul Wanita...

SEREMBAN - Lelaki warga Indonesia dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret Seremban...

Kempen Iklan Murah TV...

PAKEJ 100 siaran iklan TV dengan harga RM10 ribu ditawarkan kepada usahawan produk Industri...

Cerita Gajah Serang Kereta...

HEBOH jadinya laman sosial semalam apabila pengguna lebuh raya Jeli ke Grik, Kelantan...

Pegawai AADK Maut Kemalangan...

SEREMBAN - Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)...

City Kembali Ke Puncak Liga Selepas Tewaskan United 3-1

ILKAY GÜNDOĞAN memperoleh tiga mata untuk Manchester City dalam perlawanan menentang Manchester United, sekali gus menjadikan kelab pimpinan Pep Guardiola itu kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3-1.

Keputusan itu menyaksikan City menambah lagi kemenangan tanpa kalah dalam 12 perlawanan permulaan.

Menurut laporan Eurosport, ia mengambil masa hanya 12 minit untuk City mendahului di derby.

Juara Liga Perdana Inggeris itu menggandakan kelebihan mereka hanya beberapa minit setelah masuk ke babak kedua apabila Sergio Aguero mengakhiri penamat melalui De Gea.

Keputusan tersebut menyaksikan City membuka jurang 12 mata ke atas United yang berada di kedudukan kelapan.

Sementara itu, Jose Mourinho sudah bersedia dengan penjelasan di atas kekalahan pasukannya.

Lapor Manchester Evening News, United tidak mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, selain penalti.


Namun, ketika ditanya tentang sama ada jumlah gol itu adalah refleksi kepada perlawanan tersebut, pengurus itu menyangkalnya.

“Jika gol ketiga dijaringkan pada saat mereka mendominasi perlawanan, saya mungkin akan kata begitu.

“Tapi gol ketiga muncul ketika kami sedang bertarung untuk mencari gol penyamaan,” kata pengurus United itu. – mStar Online

Kategori