Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

6 Ribu Kekosongan, Ambilan...

PUTRAJAYA – Politeknik Malaysia masih membuka pengambilan pelajar untuk kemasukan Disember ini secara...

Tiada Halangan Majikan Bayar...

KUALA LUMPUR - Tiada halangan untuk mana-mana majikan membayar gaji kepada pekerja secara...

Perbicaraan Inkues Kes Muhammad...

SHAH ALAM - Mahkamah memutuskan untuk menutup prosiding perbicaraan Inkues Kematian anggota bomba...

“Kekal Jawatan Mufti Hingga...

IPOH - Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria pernah beberapa kali menyuarakan hasrat...

Cuaca Melampau, Taufan Isu Utama Sukan Olimpik 2020

TOKYO – Kemungkinan akan berlaku cuaca panas melampau dan taufan di Tokyo kini dianggap satu isu utama menjelang Sukan Olimpik 2020 nanti.

Seorang pegawai kanan berkata pihaknya akur ia akan memberi satu impak besar dari segi bajet pada temasya sukan terbesar dunia itu apabila Jepun bakal menjadi tuan rumah sekali lagi selang 56 tahun kemudian.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tokyo, Toshiro Muto berkata ibu negara itu sudah mengalami taufan dan cuaca melampau pada musim panas yang lalu dan bimbang senario sama mungkin akan berulang.

“Tokyo 2020 melihat perkara ini sebagai isu utama,” kata Muto dan menambah penganjur dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kini bekerjasama untuk mencari jalan mengurangkan impak itu ke atas atlet dan penonton.

Rabu lalu, Presiden IOC, Thomas Bach berkata pakar perubatan menyuarakan langkah untuk melindungi peserta serta penyokong sepanjang tempoh temasya berkenaan.


Tokyo dilanda cuaca panas melampau yang mengakibatkan maut, musim panas lalu dan ini menimbulkan kebimbangan mengenai kemampuan atlet, khususnya peserta dalam acara tahan lasak seperti maraton dan lumba jalan kaki. – AFP

Kategori