Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Achey Kesal Dituduh Tipu,...

KENYATAAN balu Harun Salim Bachik iaitu Surianti Mohd. Nor yang mendakwa pelawak Achey...

2,500 Guna Fon Kepala...

Xian (China) - Kira-kira 2,500 pelajar ditangkap menipu dalam satu peperiksaan untuk mendapatkan...

6 Negeri Selesai Isu...

ALOR SETAR - Enam negeri telah menyelesaikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan...

Jawatankuasa Parlimen UK Desak...

ISTANBUL - Jawatankuasa Pembangunan Antarabangsa Parlimen United Kingdom (UK) pada Jumaat mendesak kerajaan...

Cuepacs Syor Mekanisma Lindungi Anggota Penyelamat

KUALA LUMPUR – Cuepacs mencadangkan kerajaan mewujudkan mekanisma baharu berbentuk undang-undang untuk menjamin keselamatan anggota agensi penguatkuasa dan penyelamat ketika bertugas.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata prosedur operasi standard (SOP) sedia ada sahaja tidak mencukupi dan mekanisma tersebut perlu menitikberatkan kaedah untuk mengawal keselamatan anggota penguatkuasa seperti polis dan bomba semasa menjalankan tugas.

Syor itu dicadangkan berikutan kejadian yang menimpa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah akibat dipukul sekumpulan perusuh dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights dekat Subang Jaya baru-baru ini, katanya.

“Mekanisma ini ertinya ada ciri-ciri yang perlu dibentengi undang-undang ketika bertugas misalnya sesiapa yang sentuh atau mencaci penjawat awam khususnya anggota keselamatan, mereka boleh disabitkan.

“Kita tak nak anggota keselamatan dijadikan tempat melempias rasa tidak puas hati mereka (perusuh)…mekanisma ini perlu ada untuk mempertahankan anggota dan sebagai satu langkah preventive supaya tidak berlaku lagi insiden sama,” katanya dalam sidang media selepas menziarahi Muhammad Adib di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.


Dalam kejadian awal pagi Selasa (27 Nov) lepas, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.

Dalam pada itu, Azih turut mencadangkan anggota penguatkuasa dan penyelamat diberikan insuran pelindungan yang menyeluruh tanpa sekatan. – BERNAMA

Kategori