Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Khairil Aslan Hampir Khatam...

PORT DICKSON - Pendaki solo negara Khairil Aslan Ab Rasid kini hampir khatam...

Kira-Kira RM7 Juta Dadah...

KUCHING - Polis Kuching merampas dadah bernilai kira-kira RM7 juta sepanjang tahun lepas,...

AKPK Nafi Lantik Khidmat...

KUANTAN - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menafi melantik individu atau orang...

Nordiana, Wanita Bertudung Pertama...

SHAH ALAM - Seorang wanita bertudung yang dikenali sebagai Nordiana yang menjuarai pertandingan...

Curi Motosikal Jenayah Tertinggi Belia Di P.Pinang

GEORGE TOWN – Jenayah paling banyak dilakukan belia di Pulau Pinang melibatkan curi motosikal yang merekodkan 551 orang bagi tempoh Januari hingga 15 Oktober lalu, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawantankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee berkata ini diikuti samun berkawan tanpa senjata yang merekodkan 338 belia, mencederakan orang (333 belia) serta kes pecah rumah dan curi (307 orang).

Bagi menangani permasalahan jenayah melibatkan generasi muda, kerajaan negeri merangka pelbagai program termasuk bekerjasama dengan polis dan jabatan penjara bagi mereformasikan siasah belia, katanya menjawab soalan Joseph Ng Soon Siang (PH-Air Itam).

Selain itu katanya pada mesyuarat bersama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, beliau telah mengusulkan agar diadakan program lawatan ke penjara bagi memberi kesedaran kepada remaja.

Lawatan itu patut diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali bermula tahun depan dalam usaha mencegah remaja terbabit jenayah, katanya. – BERNAMA

Kategori