Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Seluar Dalam Perempuan Simpanan...

China – Trend memukul wanita yang disyaki menjadi perempuan simpanan kini menjadi perkara...

Pakai Cincin Hidung, Kaka...

PENYANYI Kaka Azraff menerima kritikan hebat daripada 'keyboard warrior' apabila disamakan dengan lembu selepas...

“Ramai Salahkan Saya” –...

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan ramai Ahli Parlimen menyalahkan dirinya...

Jutawan Bunuh Kekasih Dalam...

SEORANG jutawan perniagaan dari New York, Amerika Syarikat dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup...

‘Dadah Buat Manusia Hilang Kawalan’

SHAH ALAM – Individu yang menyalahgunakan dadah mempunyai kecenderungan untuk bertindak diluar kawalan.

Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Fuziah Mohd Saad berkata, mereka yang berada di bawah pengaruh dadah berhalusinasi dan mendengar suara-suara yang mengarahkan dirinya untuk bertindak.

Menurutnya, disebabkan itu, penagih dadah sanggup melakukan penderaan terhadap bayi dan kanak-kanak kerana kewarasan sebagai seorang manusia itu telah hilang.

“Banyak kes penderaan bayi seperti penderaan fizikal, mental dan seksual dilaporkan dilakukan oleh mereka yang positif dadah. Sebagai manusia normal mustahil kita sanggup pukul bayi yang baharu berusia beberapa bulan.

“Ada juga kes-kes penderaan ini berlaku kerana pelaku mempunyai masalah mental. Mungkin individu tersebut pernah berdepan dengan perkara sama ketika kecil. Begitu juga dengan pedofilia yang mana pelakunya mempunyai gangguan psikiatri orientasi seksual,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, seorang bayi perempuan berusia 11 bulan meninggal dunia akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan suami kepada pengasuhnya sendiri dalam kejadian di Bandar Baru Bangi, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, mangsa meninggal dunia pada jam 10.30 pagi, selepas dua hari dilaporkan kritikal di Hospital Serdang dekat sini.

Mengulas lanjut, Fauziah berkata, penderaan terhadap bayi perlu dihentikan segera kerana ia memberi kesan kepada banyak pihak.


“Andai kata bayi yang didera fizikal dan seksual, apabila besar nanti apa mungkin berlaku kepada dia.

“Kalau bayi itu meninggal, apa kesannya kepada ibu bapa mereka. Kesedihan malampau berlaku berlaku kepada mereka dalam mengharungi kehidupan,” jelasnya.

Tambahnya, dalam kesibukan bekerja, ibu bapa perlu pengambil pendekatan untuk membuat pemeriksaan mengejut di rumah-rumah pengasuh bagi memastikan anak dijaga dengan baik.

“Pertamanya, sebelum tinggalkan anak-anak kepada pengasuh, selidik siapa mereka itu. Kemudian lihat persekitan dan pemeriksaan mengejut,” katanya. – Sinar Harian Online

Kategori