Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hanya 1% Pemandu Wanita...

ALAHAI... Hanya satu peratus pemandu wanita di Malaysia mampu menguruskan sendiri masalah apabila...

Suhu Bawah Paras Beku...

KOTA KINABALU: Kawasan puncak Gunung Kinabalu dilaporkan mencatat suhu di bawah paras beku...

Anggota UMNO Jangan Hilang...

KUALA LANGAT - Anggota UMNO dinasihatkan supaya tidak hilang fokus dan terus bekerja...

ASEAN Perlu Bersatu Dalam...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyeru negara anggota...

DAP Enggan Ulas ICERD

GEORGETOWN – DAP mengambil pendekatan berdiam diri berhubung hasrat kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata isu itu sepatutnya hanya dijawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy.

“Bukan kami yang bangkitkan isu ICERD, itu Waytha Moorthy. Biar dia saja yang jawab.

“Tumpuan saya hanya pada tugas sebagai Menteri Kewangan saja, dan untuk baiki ekonomi negara,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Guan Eng dalam ucapannya berkata, DAP menyokong penuh Perlembagaan Persekutuan, sebagai sebahagian daripada konsep ‘Bina Negara’ oleh Pakatan Harapan (PH).

Katanya, parti pembangkang ketandusan modal politik sehingga sanggup memainkan sentimen agama dan perkauman.

“Itu parti yang tiada modal untuk bayar kakitangan awamnya mahu anjur demonstrasi besar-besaran.


“Kita perlu hati-hati. Mereka tiada inisiatif untuk baiki ekonomi negeri mereka pun tetapi mahu main sentimen perkauman,” katanya.

Jumaat lalu, Moorthy berkata kerajaan masih tiada kata putus berhubung hasrat meratifikasi ICERD.

Katanya, kerajaan akan memulakan sesi rundingan dan libat urus dengan pelbagai pihak berhubung konvensyen berkenaan, bermula Januari hadapan.

ICERD mendapat tentangan pelbagai pihak termasuk beberapa pemimpin tertinggi PH, berikutan konvensyen itu didakwa akan menjejaskan kepentingan kaum Melayu dan Bumiputera di negara ini. – BH ONLINE

Kategori