Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Najib Sindir Guan Eng...

SINDIR... Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini secara sinis berkata, tuduhan Lim...

Kumpulan Kerja Tangani Fenomena...

PUTRAJAYA - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengaktifkan serta-merta kumpulan kerja bagi menangani...

Melaka Mengundi: PN Belum...

PETALING JAYA : Perikatan Nasional (PN) gagal memperoleh sebarang kerusi di Pilihan Raya...

Kabinet Setuju Struktur Majlis...

SELAMA - Kabinet yang bermesyuarat pada Rabu lalu telah mempersetujui cadangan mengenai struktur...

Datuk Neelofa Selamat Disemadi Di Pasir Mas

PASIR MAS – Datuk kepada selebriti terkenal tanah air, Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lemal di sini, petang ini.​​​​​

Allahyarham Noor Mohamed Mohammad Din, 83, yang menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 11.20 malam semalam, selamat dikebumikan di kira-kira 2.10 petang.

Beliau meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis di Hospital KPJ Perdana, Kota Bharu.

Neelofa, 29, yang ditemui selepas majlis pengkebumian itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan arwah datuknya sejak sakit sehinggalah meninggal dunia.

“Saya berharap semua pihak akan terus mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah kepada datuk. Saya bersyukur segala urusan pengkebumian berjalan lancar,” katanya.


Katanya, datuknya pergi menghadap Ilahi terlalu cepat dan dia sekeluarga reda dengan pemergian allahyarham.

“Diharap semua pihak memberi ruang kepada keluarga kami untuk bertenang kerana masih lagi bersedih,” katanya. – BERNAMA

Kategori