Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

PAS Rampas Terengganu, Kekal...

PUTRAJAYA - PAS berjaya membentuk kerajaan di Terengganu dan mengekalkan penguasaannya di Kelantan...

Keluarga Pemilik Kelab Komedi...

KUALA LUMPUR : Polis menerima laporan yang mendakwa keluarga pemilik kelab komedi menerima...

Netizen Kutuk Tindakan Keterlaluan...

BAGI yang mengikuti program realiti pencarian Asia's Next Top Model musim keempat, pasti...

Kumpulan Militan Negara Islam...

KUALA LUMPUR - Presiden Syria, Bashar al-Assad dan kumpulan militan Negara Islam (IS)...

Dayangku Intan Mula Nyanyi Untuk Suami

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Dayangku Intan yang mendermakan ginjal kepada suami, September lalu, sudah memenuhi undangan persembahan demi membiayai kos pemeriksaan susulan dan ubat-ubatan insan tersayang itu.

Dayang, 53, berkata, doktor menyarankan dia berehat tiga bulan selepas pembedahan, namun keadaan kesihatan yang semakin baik selain mahu membantu suami, mendorongnya bekerja.

“Alhamdulillah, berkat doa semua keadaan kami terutama suami yang disahkan serasi dengan buah pinggang baharu sangat baik sampai kadang-kala terlupa pesanan doktor.

“Jika diikutkan, saya kena berehat tiga bulan dan suami pula enam bulan. Tetapi semangat untuk bekerja sungguh luar biasa hingga membuatkan saya sedia beraksi dalam majlis persendirian.

“Setakat menyanyi dua atau tiga lagu memang saya okay. Lagi pun, rasa gian lama tak menyanyi. Di rumah pun saya tetap asah vokal dengan karaoke,” katanya kepada BH Online.

Pada 29 September lalu, penyanyi era 1980-an itu menjalani pembedahan mendermakan buah pinggangnya kepada suami, Rosman Yahil, 56, yang mengalami masalah kegagalan organ itu berikutan kencing tikus.

Rosman yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi terkawal dikesan mengalami masalah jangkitan yang merebak ke bahagian buah pinggang hingga gagal berfungsi.

Bagaimanapun, Dayang berkata, dia ingat nasihat doktor yang meminta jangan lasak.


“Maklumlah, luka masih dalam proses pemulihan. Cuma memikirkan kos ubat-ubatan yang agak mahal, saya perlu bekerja,” katanya.

Kongsi ibu kepada empat cahaya mata itu lagi, mereka bertuah kerana dikelilingi anak-anak, ahli keluarga dan rakan yang turut meringankan beban keperluan perubatan dan pemeriksaan susulan.

Namun, akuinya, dia perlu mencari tabungan berikutan kos terbabit untuk jangka panjang.

“Doktor beritahu saya tidak perlukan ubat. Suami pula harus mengambil beberapa jenis pil wajib untuk memastikan tubuhnya terus serasi dengan buah pinggang baharu.

“Ada antara ubat tidak perlu diambil lagi kecuali pil sejenis pil yang boleh dikatakan untuk keperluan sepanjang hayat… Itu yang agak mahal,” katanya.

Dayang berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan membantu selain berharap mana-mana penganjur yang ingin mengundangnya, agar dapat menghubungi dirinya. – BH Online

Kategori