Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bergaduh Dengan Jiran, Ibu...

PETALING JAYA - Gara-gara selisih faham berhubung tempat parkir sehingga tercetusnya pergaduhan...

Kedah FA Minta Rakyat...

KUALA LUMPUR - Pengurus Kedah FA, Shafarizam Baderon menyeru rakyat Kedah supaya memilih...

Jamil Khir Lancar Tabung...

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Lembaga Tabung Haji (TH) hari...

Colek Juadah Wajib Selepas...

TANAH MERAH - Bagi kebanyakan rakyat Kelantan, bulan Ramadan pastinya tidak lengkap jika...

Diabetes: Keluarga Main Peranan Beri Kesedaran

KUALA LUMPUR – Keluarga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran mengenai penyakit diabetes termasuk mengesan, mencegah dan merawat penyakit itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia termasuk usaha mengingati anggota keluarga masing-masing untuk melakukan saringan kesihatan serta menjalani kehidupan dalam persekitaran yang menyokong gaya hidup sihat bagi membantu mencegah serta mengawal penyakit diabetes.

“Sebagai contoh rumah bebas asap rokok, bersenam bersama keluarga, serta ahli keluarga mengingati satu sama lain dalam mengambil pemakanan yang sihat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia yang disambut hari ini bertemakan ‘Cakna Diabetes: Keluarga Prihatin, Kesihatan Terjamin’ (‘The Family and Diabetes’).

Dr Dzulkefly berkata keluarga juga memainkan peranan sangat penting untuk menjaga rawatan harian pesakit diabetes bagi memastikan mereka mengamalkan gaya hidup sihat, memberi pendidikan secara berterusan serta memastikan pesakit melakukan saringan komplikasi secara berkala di klinik kesihatan berdekatan.

Beliau berharap peningkatan tahap kesedaran dan pengetahuan keluarga mengenai penyakit diabetes akan dapat mengubah tingkah laku setiap anggota keluarga dalam usaha mencegah serta mengawal penyakit kronik itu yang semakin membimbangkan di negara ini.


Katanya kementerian juga menyambut baik inisiatif semua pihak termasuk daripada pihak kerajaan, swasta mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu bersama-sama membantu dalam meningkatkan kesedaran kepada orang awam.

Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2016, seramai 422 juta daripada penduduk dunia yang berumur 18 tahun ke atas adalah penghidap diabetes.

Di Malaysia, data ‘National Health and Morbidity Survey (NHMS)’ 2015 menunjukkan 3.6 juta (17.5) penduduk berumur 18 tahun dan ke atas adalah penghidap diabetes. – BERNAMA

Kategori