Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

BR1M Bukti Kerajaan Bertanggungjawab...

KUALA LUMPUR - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan kerajaan berpegang kepada prinsip...

Bekalan Ikan Dijamin Mencukupi...

KLANG - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan mencukupi untuk...

Nur Jazlan Umum Tidak...

JOHOR BAHRU : Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed...

Peluang Berbual Langsung Dengan...

PERNAHKAH anda berangan untuk bercakap dengan Shia LaBeouf melalui telefon dan perbualan berkenaan...

Tawar Diskaun Saman Trafik Di Tesco Mergong

ALOR SETAR – Mereka yang memiliki saman tertunggak diminta mengambil peluang menjelaskan saman trafik pada kadar diskaun sehingga 50 peratus sempena Program Polis dan Masyarakat di Tesco Mergong, dekat sini, mulai Isnin hingga Rabu ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Supt Chuah Seong Lim berkata dalam tempoh tiga hari itu, kaunter akan turut dibuka di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk memudahkan mereka yang berada di selatan negeri ini.

“Lapan kaunter akan dibuka di Tesco Mergong yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 4 petang manakala di IPD Kuala Muda sebanyak empat kaunter akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 4 petang,” katanya pada sidang media sempena pertandingan boling anjuran JSPT negeri bersama media dan agensi luar di sini hari ini.

Bagi ​​​​​​​mengelakkan kesesakan, beliau meminta orang ramai membuat semakan saman di cawangan trafik berdekatan atau secara dalam talian terlebih dahulu sebelum hadir membuat pembayaran di kedua-dua lokasi terbabit.

Chuah berkata tawaran diskaun itu merangkumi semua jenis kesalahan trafik kecuali saman kemalangan, saman berstatus tiada kompaun (NC), saman berstatus waran tahun semasa, saman OP Selamat tahun semasa, saman berstatus mahkamah dan saman berkaitan lori.


Beliau berkata sebuah kaunter khas disediakan untuk ​​​​​​​golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan ibu mengandung.

Beliau juga berkata pihaknya turut merancang untuk menjalankan program tersebut di beberapa tempat lain antaranya Kulim, Padang Terap dan Pendang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • saman

Kategori