Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

New Balance Tak Sensitif,...

PENGGUNA akaun Facebook dikenali sebagai Norhafiz Dellas meluahkan kekesalannya mengenai sebuah premis menjual pakaian...

JAKOA Diharapkan Kekal Di...

KLUANG - Kerajaan negeri Johor berharap Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dapat dikekalkan...

Dakwaan Stadium Manjung Tak...

LUMUT - Dakwaan Stadium Manjung di sini tidak selamat digunakan adalah tidak benar,...

Judi: Pemilik Pusat Dandan...

ROMPIN - Pemilik pusat dandan rambut antara 13 orang yang ditahan polis kerana...

Disney, Fox Tolak Tuntutan Saman Genting

NEW YORK – Walt Disney Co dan Twenty First Century semalam menolak tuntutan saman pemilik kasino Malaysia yang menuduh dua syarikat gergasi itu melanggar kontrak pembinaan taman tema dengan jenama Fox.

Kedua-dua syarikat berkenaan berkata, tuntutan Genting Malaysia Bhd terhadap mereka dibuat tanpa merit.

Saham Genting merudum 16.7 peratus semalam, sehari selepas syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur itu memfailkan saman berjumlah lebih AS$1 bilion (RM4.19 bilion) ke atas syarikat hiburan dan media Amerika di Los Angeles.

Menurut aduan, Fox Entertainment Group di bawah tekanan Disney, melanggar kontrak dimeterai pada 2013 untuk membina taman tema di kompleks Resort World Genting yang terletak sejam perjalanan dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Genting menyalahkan Fox atas penangguhan beberapa tahun dan berkata, Disney yang membeli kebanyakan aset Fox bernilai AS$71.3 bilion (RM299 bilion) mahu menarik diri kerana kerjasama dengan syarikat perjudian tidak menepati strategi jenama ‘mesra keluarga’ milik mereka.


Aduan itu juga berkata, Fox mengeluarkan notis tindakan yang selari dengan hasrat Disney untuk mematikan perjanjian itu.

Twentieth Century Fox Film yang turut dinamakan sebagai defendan menolak tuntutan berkenaan.

“Tuduhan bahawa Disney akhirnya memutuskan untuk mengisytiharkan notis hanya satu rekaan,” kata jurucakap syarikat. – Reuters/BH ONLINE

Kategori