Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Dedah Isteri Curang...

KISAH keretakan rumah tangga bukan lagi menjadi suatu isu yang 'asing' di zaman...

Aroma Dodol Tarik Pelancong...

KUALA LUMPUR - Aroma dan keenakan dodol yang pernah dicuba di Kuala Lumpur...

VIDEO : Bacaan Taranum...

Tidak dapat difahami mengapa sekarang begitu banyak orang suka mempersendakan unsur-unsur keagamaan menjadi...

Kerajaan Kelantan Perlu Lebih...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan kehidupan rakyat yang...

Doktor Mangsa Penipuan Macau Scam

KUANTAN – Seorang doktor muda menjadi mangsa penipuan Macau Scam yang mendakwa nama beliau dikaitkan dalam jenayah pengubahan wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 25 tahun itu mendakwa telah membuat transaksi wang sebanyak RM4,900 kepada suspek.

Katanya, mangsa mendakwa dihubungi seorang lelaki kononnya dari Mahkamah Majistret Melaka pada 10 pagi semalam, semasa sedang bertugas di sebuah hospital di sini.

“Panggilan itu kemudiannya disambung kepada lelaki lain yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Azman kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

“Suspek memberitahu mangsa akan ditangkap kerana mempunyai tunggakan kad kredit berjumlah RM28,000 dan terlibat dengan kesalahan pengubahan wang haram,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah mangsa diminta untuk mengosongkan akaun banknya dengan memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan suspek atas tujuan penyiasatan.


Katanya, mangsa berbuat demikian pada 11.10 pagi hari yang sama menerusi pemindahan wang dalam talian, namun menyedari terdapat kemungkinan dirinya menjadi mangsa penipuan.

Sehubungan itu, mangsa tidak meneruskan transaksi lain dan terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, semalam.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori