Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Perjanjian Sokong Kerajaan Perpaduan...

PUTRAJAYA - Menjelang usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Pengeluaran Getah Asli Merosot...

KUALA LUMPUR - Pengeluaran getah asli Malaysia pada Oktober 2019 merosot 21.4 peratus...

Pegawai Kanan Bomba Dipenjara...

Kuala Terengganu : Pegawai kanan bomba dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda...

Mujahid Ada Kaedah Kurang...

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Seri Dr....

Mahathir Rai Imran Khan Di Seri Perdana

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meraikan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang sedang dalam lawatan rasmi ke negara ini pada jamuan tengah hari di Seri Perdana di sini.

Imran Khan, yang tiba semalam, disambut oleh Mahathir setibanya di kediaman rasmi Perdana Menteri itu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Imran Khan sedang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia atas jemputan Dr Mahathir dan ini adalah lawatan pertama beliau sejak menjawat jawatan itu pada Ogos lepas.

Menurut Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra), Malaysia dan Pakistan telah jalin hubungan dua hala bermakna yang lama dalam bidang-bidang pendidikan, pelancongan, kerjasama pertahanan dan bantuan teknikal.


Pada 2017, jumlah dagangan dua hala antara kedua-dua negara dicatatkan pada RM5.76 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 3.5 peratus berbanding 2016.

Pakistan adalah rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Asia Selatan. – BERNAMA

Kategori