Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

13 Kawasan Catat IPU...

KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini tidak menunjukkan tanda-tanda...

Ibu Tenat, Rakam Ucapan...

MENYEDARI  bahawa dirinya tidak mempunyai masa yang panjang untuk hidup, seorang ibu telah...

Calon PAN Sokong Lynas...

KUALA KANGSAR - Sesuatu cukup aneh mengenai kerjasama pembangkang dalam Pakatan Harapan ialah...

Ahmad Zahid Ziarah Timbalan...

BATU PAHAT - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Drogba Sah Gantung But

LONDON – Legenda Chelsea, Didier Drogba mengesahkan persaraan daripada dunia bola sepak sekali gus menamatkan karier gemilangnya selama 20 tahun.

Sepanjang tempoh bersama Chelsea, penyerang Ivory Coast berusia 40 tahun itu berjaya mencetak 164 gol dalam 381 perlawanan untuk menjulang Liga Perdana Inggeris sebanyak empat kali selain memenangi Liga Juara-Juara 2012.

Dia menghabiskan tempoh 18 bulan terakhir kariernya bersama pasukan MSL, Phoenix Rising yang mana kelab itu turut dimilikinya secara perkongsian.

“Selepas 20 tahun, saya memutuskan untuk meletakkan noktah pada karier saya,” katanya kepada BBC World Service’s Sportshour.

Pengumuman Drogba ini sememangnya sudah dijangka selepas berakhir final Piala Liga MLS awal bulan ini, yang menyaksikan pasukannya tumbang 1-0 di Louisville City dalam saingan divisyen dua Amerika Syarikat berkenaan.

“Ia adalah cara terbaik untuk menamatkannya, membantu pemain muda berbakat untuk berkembang,” katanya.

“Untuk memberikan dan berbakti semula kepada sukan ini adalah cara terbaik untuk mengakhiri karier ini, banyak yang saya pelajari.”

Drogba tidak pernah beraksi di peringkat tertinggi sehingga berusia 23 tahun, apabila kelab Perancis, Guingamp menandatanganinya daripada pasukan divisyen dua, Le Mans pada Januari 2002.


18 bulan kemudian, dia berhijrah ke Marseille dan tahun seterusnya dia melengkapkan perpindahan £24 juta (RM 128 juta) ke Chelsea yang mana dia mengharungi tahun terbaiknya di sana.

Drogba memenangi tiga gelaran EPL dalam tempoh lapan tahun pertama di Chelsea, termasuk empat Piala FA dan Piala Liga (dua).

Dia juga turut pernah menjulang anugerah Penjaring Terbanyak EPL bagi musim 2006-07 dan 2009-10.

Malah , dia meninggalkan the Blues dengan penuh gemilang apabila menyempurnakan penalti kemenangan dalam penentuan penalti final Liga Juara-Juara ke atas Bayarn Munich.

Drogba kemudiannya menghabiskan tempoh enam bulan bersama Shanghai Shenhua dan setahun setengah dengan Galastasaray sebelum pulang ke Chelsea.

Dia turut menyumbat 65 gol sepanjang 105 penampilan untuk Ivory Coast, termasuk beraksi di tiga Piala Dunia dan pernah dua kali dinamakan sebagai Pemain Terbaik tahunan Afrika. – AGENSI

Kategori