Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Imigrsen Kedah Tahan 22...

ALOR SETAR - Imigresen Kedah menahan 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga...

Mukhriz Mahathir Letak Jawatan...

ALOR SETAR - Setelah berlarutan hampir dua minggu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada...

Janin Keras Macam Batu...

PAKAR perubatan di India telah dikejutkan dengan satu penemuan perubatan, di mana seorang...

Cincin ‘Pintar’ Alert Pemakai...

BUKAN setakat berfungsi sebagai aksesori biasa, cincin Stargaze ini dicipta untuk membuat pemiliknya dapat...

2 Gol Lewat Norshahrul Bantu Tewas Laos

KUALA LUMPUR – Malaysia bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas Laos pada aksi kedua Kumpulan A Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Penyerang berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha muncul wira negara selepas meledak dua gol di penghujung babak kedua permainan untuk memastikan skuad Harimau Malaya meraih tiga mata penuh di laman sendiri.

Turun beraksi di hadapan lebih 10,000 penyokong tempatan, skuad negara yang masih segar dengan kejayaan menundukkan Kemboja 1-0 pada aksi pembukaan, Khamis lepas memulakan perlawanan dengan bergaya.

Skuad negara kendalian ketua jurulatih Tan Cheng Hoe yang menguasai permainan dengan gerakan menarik, bagaimanapun dikejutkan dengan gol pembukaan Laos seawal minit ketujuh selepas Phithack Kongmathilath berjaya menyempurnakan sepakan percuma menewaskan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan negara bangkit menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian selepas hantaran Muhammad Syahmi Safari berjaya ditampan kapten Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak yang menyaksikan kedudukan 1-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung babak kedua, tiga pertukaran dibuat Cheng Hoe dengan membawa masuk Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dan Ahmad Hazwan Bakri, sekali gus memberi peluang buat Norshahrul bergerak bebas dalam kawasan kotak penalti lawan.

Strategi itu ternyata membuahkan hasil apabila skuad negara menguasai sepenuhnya permainan dengan melancarkan serangan bertali arus ke arah benteng pertahanan pasukan lawan.


Pemain pertahanan negara, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak hampir meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-67, namun tandukannya hanya menggegar palang sebelum penjaga gol Laos Outthilath Nammakhot bertindak cemerlang menyelamatkan rembatan Muhammad Akhyar pada minit ke-70.

Menghampiri masa penuh perlawanan, keadaan kelam-kabut dalam kawasan berbahaya Laos digunakan sepenuhnya Norshahrul yang berjaya menolak masuk bola untuk menghadiahkan gol kedua buat Malaysia pada minit ke-86.

Seakan keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat, Norshahrul sekali lagi menceriakan penyokong tempatan menerusi gol kedua peribadinya selepas menanduk bola hantaran Muhammad Akhyar yang gagal ditampan Outthilath, sekali gus memberi tiga mata berharga buat skuad negara.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia mengungguli Kumpulan A dengan enam mata, mengatasi Vietnam dan Myanmar, masing-masing berkongsi tiga mata di kedudukan kedua dan ketiga.

Malaysia akan berkunjung ke Hanoi untuk aksi ketiga menentang Vietnam, Jumaat ini, sebelum melengkapkan jadual kumpulan berdepan Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Nov. – BERNAMA

Kategori