Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tahap Kesedaran Rakyat Isu...

MELAKA - Tahap kesedaran tentang penjagaan kesihatan pergigian dalam kalangan rakyat Malaysia masih...

Hafiz Suip Bakal Bertunang...

PENYANYI Hafiz Suip mengesahkan dia bakal mengikat tali pertunangan dengan teman wanita yang...

Basikal Lajak: Ibu Bapa...

PADANG BESAR : Ibu bapa atau penjaga tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang...

UMNO Terus Beri Penjelasan...

PADANG BESAR - UMNO akan terus memberi penjelasan mengenai isu-isu sensitif secara tertutup...

Penggiat Sokong Pertandingan E-Sukan Diperhebat

KUALA LUMPUR – Cadangan untuk memperhebatkan lagi penganjuran pertandingan E-sukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disambut baik penggemar sukan berasaskan permainan video itu.

Rata-rata pengunjung ke pertandingan Dota 2 (The Kuala Lumpur Major 2018) di sini yang merupakan kejohanan antarabangsa pertama dianjurkan dalam negara, menyokong cadangan itu demi pembangunan arena sukan berkenaan.

Penuntut sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Ahmad Danial Ahmad Syukur berkata dengan adanya penganjuran pertandingan antarabangsa dalam negara, ia dapat membuka mata selain memberi banyak pengetahuan baharu kepada komuniti e-sukan tempatan.

“Satu cadangan yang baik dan saya sokong jika ia diteruskan pada masa hadapan sebab banyak input baharu mengenai e-sukan di sini, dan ini adalah pendedahan yang baik buat penggemarnya,” kata penuntut berusia 22 tahun ketika ditemui di venue pertandingan itu di sini.

Syed Saddiq yang meluangkan masa di The KL Major yang berlangsung di Axiata Arena semalam memberi bayangan pertandingan e-sukan akan terus dianjurkan pada masa akan datang apabila berkata The KL Major bukan pertandingan antarabangsa terakhir diadakan dalam negara.

Sementara itu, V.Avinesh, 26, berkata penganjuran pertandingan e-sukan dapat memberi peluang kepada golongan selain komuniti e-sukan untuk mengenali dan memahami sukan itu.


“Saya seorang gamer tetapi kebanyakkan orang di sekeliling saya tidak faham apa yang saya lakukan setiap hari untuk e-sukan. Sekurang-kurangnya dengan ada penganjuran ini saya dapat mengajak mereka ke sini untuk memahami apa itu e-sukan,” katanya.

Sementara itu seorang kakitangan sebuah syarikat swasta, Aaron Liew, 30, berkata The KL Major dapat mencipta satu penanda aras yang boleh dijadikan panduan kepada penganjur e-sukan tempatan di masa hadapan.

“Sudah dua hari saya di sini, saya amat kagum dengan acara ini, sungguh teratur dan anda dapat lihat banyak booth jualan di sini. Saya rasa ini akan beri banyak manfaat kepada komuniti e-sukan dalam negara untuk meningkatkan lagi standard pengendalian mereka untuk acara e-sukan,” katanya.

Juara The KL Major akan membawa pulang hadiah kemenangan US$350,000 (RM1.4 juta) di samping 4,950 Dota Pro Curcuit Point, yang akan membawa mereka menghampiri pusingan kelayakan kejohanan The International 2019 di Shanghai, China. – BERNAMA

Kategori