Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

El Nino Tidak Jejas...

ALOR SETAR - Cuaca panas di Kedah antara 37 dan 39 darjah celsius...

Selena Nama Anak Kedua...

GENAP seminggu kelahiran puteri keduanya, aktres kecil molek, Liyana Jasmay berkongsikan gambar dan...

Perkhidmatan Noor Rashid Disambung...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tempoh perkhidmatan Tan Sri...

Wujud Konspirasi Jatuhkan Chelsea?

ANTONIO Conte sekali lagi membuat tuduhan berani ke atas penyusun jadual perlawanan Liga...

Edar Syabu, Warga Nigeria Dihukum Mati

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Nigeria dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah syabu seberat lebih 700 gram, Mei tahun lalu.

Sidrey Shalod Dike, 46, yang bekerja sambilan menghantar barang, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim Datuk Azman Abdullah selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

“Setelah mahkamah meneliti hujahan kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan, mahkamah mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan tertuduh didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati,” kata hakim itu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 727.1 gram di tepi lorong, Lot 4072C, stor besi buruk, Jalan Segambut, Kampung Segambut Luar, di sini pada 2.30 petang, 3 Mei 2017.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.


Seramai 10 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan bermula 26 Feb lepas.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Isa manakala tertuduh diwakili peguam J. Kuldeep Kumar. – BERNAMA

Kategori