EKONOMI internet akan mewujudkan 1.7 juta pekerjaan sepenuh masa di Asia Tenggara menjelang 2025, tiga kali ganda berbanding angka 2018.
Angka ini diperolehi satu kajian yang dilaksanakan untul Google dan Temasek yang diterbitkan pada 9 November
Menurut kajian itu, pekerjaan ini akan dihasilkan untuk menampung peningkatan yang dijangka dalam logistik perdagangan elektronik, dan juga kereta sewa serta penghantaran makanan.
Nilai ekonomi internet Asia Tenggara dijangka melepasi nilai AS$240 juta menjelang 2025, satu perlima lebih besar yang dijangka sebelum ini, menurut kajian Google-Temasek ini.
Dijangka nilai kasar perniagaan ekonomi internet rantau ini mencapai AS$72 bilion pada 2018, meningkat 37 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Nilai ini bagi perdagangan elektronik akan melepasi AS$23 bilion tahun ini, menurut laporan itu lagi.
Kajian ini, yang pertama kali diterbitkan pada 2016 meliputi kereta sewa, perdagangan elektronik, pelancongan melalui dalam talian dan media dalam talian.
Laporan terbaru menambah sektor baharu seperti penghantaran makanan melalui dalam talian dan juga langganan muzik dan video.
Peningkatan pekerjaan ini selari dengan peningkatan ekonomi internet di Asia Tenggara, yang dijangka melepasi anggaran sebelum ini sebanyak AS$200 juta menjelang 2025.
Jumlah rakan kongsi diupah, seperti pekerja separuh masa dan pekerja bebas, juga akan meningkat kepada 12 juta, meningkat daripada angka semasa sebanyak 4 juta.
Menurut kajian ini juga, peningkatan pekerjaan juga disebabkan oleh waktu kerja yang anjal dan peluang menambah pendapatan.
Daripada 1.7 juta pekerjaan, kira-kira 200,000 juga akan dicipta menjelang 2025 hasil perkembangan syarikat terlibat yang juga meluaskan aktiviti dalam bidang baharu.
Kajian Google-Temasek ini juga mendapati terdapat lebih daripada 350 juta pengguna internet di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam sehingga Jun 2018 – melebihi 90 juta berbanding pada 2015. – CNA