Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kenaikan Elaun Pembantu Tabika...

Putrajaya : Keputusan berhubung kenaikan elaun pembantu Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan...

5 Juta Pelajar, Guru...

PUTRAJAYA - Seramai lima juta pelajar dan guru terlibat dalam sambutan Hari Sukan...

Jerebu: 2 Masalah Hantui...

SRI AMAN - Selain masalah jerebu, bandar Sri Aman berkapasiti lebih 100,000 penduduk...

Serahkan Kepada Najib Tentukan...

KOTA BELUD - Pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) disaran menyerahkan...

Erdogan Kecam E-Rokok Burukkan Gejala Ketagihan

PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan yang dikenali dengan pendirian tegas antirokok mengecam peningkatan penggunaan rokok elektronik.

“Mereka telah mencipta sesuatu yang aneh dinamakan ‘rokok elektronik.’ Mereka dakwa tidak mengandungi nikotin atau hanya sejumlah kecil. Tetapi kemudian orang tetap ketagih dengannya,” kata Erdogan di sebuah simposium tentang dasar dadah dan kesihatan awam antarabangsa di Istanbul.

Katanya syarikat rokok datang berjumpa kerajaan Turki untuk melabur di negara itu.

“Kata mereka, mereka akan melabur sebanyak AS$500 juta atau AS$1 bilion. Tetapi kami tawar alternatif kepada mereka. Kami tanya sama ada mereka akan mengeksport apa yang mereka buat di sini. Tetapi mereka meminta 10 peratus produk mereka dipasarkan di sini. Maka jelaslah matlamat mereka,” kata Erdogan.

Erdogan membayangkan yang syarikat ini mahu menjadikan pemuda Turki penagih.

“Kami tidak akan benarkan ini berlaku,” kata presiden Turki itu.

Beliau juga berkata bukan hanya ketagihan alkohol dan tembakau tetapi juga ketagihan alat elektronik telah menjadi ancaman serius.


“Ada anak dua tahun yang ketagih telefon pintar. Ini satu lagi ancaman. Apa yang boleh kita lakukan? Kita mesti menangani (masalah ini).”

Menurut presiden Turki itu, 70 buah telefon pintar dijual di Turki, di negara yang penduduknya 81 juta.

Katanya, tidak menghairankan pendana utama pertubuhan pengganas ialah penyeludup dadah dan tembakau.

Erdogan juga mengaitkan aktiviti keganasan dengan ketagihan, dan menegaskan kedua-duanya mesti diperangi. – Anadolu

Kategori