Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Mengapa Pesakit Covid-19 Diletak...

BILA diubah ke posisi meniarap, membuak-buak keluar kahak dari tiub pernafasan. Tak ubah...

Pendakwa Raya Sekali Lagi...

KUALA LUMPUR - Pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes Datuk Seri Najib Tun Razak...

Suspek Culik & Paksa...

SEORANG individu berusia 22 tahun yang dipercayai suspek culik seorang kanak-kanak lelaki berusia 7...

Jadual Sudah Naik Sehari...

Kuala Lumpur : Tidak hanya memfokuskan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), malah anggota...

Festival Gendang Melayu Sarawak Mampu Menarik Pelancong

KUCHING – Festival Gendang Melayu Sarawak 2018 yang diadakan di Tebingan Sungai Sarawak di sini sejak dua hari lepas mampu menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini.

Justeru Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Sarawak dalam satu kenyataan berharap festival itu dapat diadakan secara tahunan kerana selain menjadi wadah perpaduan kaum, festival itu juga memberi impak kepada industri pelancongan negeri disamping menyerlahkan lagi seni dan kebudayaan etnik tempatan.

Festival Gendang Sarawak yang bermula dari 2 Nov itu telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah malam tadi.

Festival itu yang berakhir hari ini turut menarik peserta dari Brunei dan Indonesia untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan.

“Kumpulan Warisan Budaya Kuching manakala tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Budaya Mukun Selendang Sutera dari Brunei,” menurut kenyataan itu lagi. – BERNAMA

Kategori