Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Pengarah GLC, 2 Individu...

PUTRAJAYA - Seorang pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersama adiknya direman tujuh hari...

Malaysia Negara Ke-6 Terbaik...

NAMA Malaysia mendunia lagi! Terbaharu Malaysia telah disenaraikan negara keenam terbaik di dunia...

Tiada Subsidi Di Sabah,...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Saifuddin...

5 GAMBAR: Sekitar Lokasi...

Seorang guru wanita menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila ditikam bertubi-tubi oleh penjenayah dalam...

FundMyHome Diakui Tidak Bantu Miskin Beli Rumah

KANTOI… Skim FundMyHome yang dapat pelbagai reaksi negatif rakyat sepanjang ming­gu lalu tidak disasarkan kepada golongan berpendapatan per­te­ngahan apatah lagi rendah memiliki rumah.

Ini kerana program khas diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika bentang Belanjawan 2019 itu untuk kelompok kaya yang berminat dan perlu ada wang cukup bagi bayar sebanyak 20 peratus daripada harga rumah.

Perkara aneh tersebut diakui oleh Pengerusi The Edge Proper­ty Sdn. Bhd., Tong Kooi Ong kepada sebuah akhbar tempatan sambil menegaskan bahawa tidak ada kumpulan pendapatan tertentu yang disasarkan pihak pemaju.

Tetapi konsepnya adalah mudah iaitu skim yang gagal di China dan Amerika Syarikat (AS) itu direka untuk pembeli yang memiliki duit mencukupi atau mereka yang layak buat pinjaman pembiayaan perumahan daripada pihak bank.

Bahkan paling mengejutkan jelas Kooi Ong, FundMyHome hanya melibatkan pembeli dan pihak bank yang ambil bahagian da­lam pembiayaan pem­belian rumah, bukan satu penyelesaian kepada pemilikan rumah mampu milik.

“Sesetengah orang berfikir pe­ranan kami adalah untuk be­kal rumah kepada se­mua orang tetapi kita tidak bo­leh. Bagaimana seseorang gaji RM1,000 atau RM1,500 setiap bulan dan dua orang anak mempunyai wang RM60,000?

“Perumahan golongan miskin adalah tanggungjawab agensi kerajaan bu­kan sek­tor swasta. FundMy­Home disifatkan sebagai pili­han alter­natif, bukannya pe­nye­lesaian uta­ma bagi isu pe­milikan rumah,” kata Kooi Ong di ibu negara.

Justeru portal FundMyHome.com yang telah di­lancarkan membabitkan beberapa pemaju pada 4 November lalu hanya me­re­kodkan kira-kira 4,000 pendaftaran setakat ini dalam kalangan mereka berminat ketahui lebih lanjut.

Baca: Najib Sindir Skim FundMyHome Bantu Pemaju

Portal hartanah, EdgeProp.my selaku penyelaras mekanisme pemilikan rumah, menerusi FundMyHome.com akan menawarkan kira-kira 1,000 unit kediaman di seluruh negara merangkumi nilai hartanah bawah RM500,000.


Ia membabitkan EcoWorld Development Group Bhd., IJM Land Bhd., IOI Properties Group Bhd., Mah Sing Group Bhd., Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PNB Development Sdn. Bhd., Sunway Bhd., Trinity Group Sdn. Bhd. dan UEM Sunrise Bhd.

Ditanya mengenai isu kegagalan meka­nisme yang hampir sama berlaku di AS dan China sebelum ini, Kooi Ong berkata, semua perkara baharu memerlukan ma­sa dan apa yang berlaku sekarang adalah isu persepsi rakyat.

Beliau yang tidak pasti sama ada model yang sama pernah diperkenalkan di negara luar bagaimanapun menegaskan bahawa terdapat banyak kemungkinan tidak dijangka dalam persekitaran digital meliputi pelbagai negara berbeza.

“Siapa sangka sebagai contoh model perniagaan tempahan kereta sewa Grab dan Uber yang dahulunya tidak wujud serta dirasakan tidak mungkin dapat ganti peranan teksi, tetapi kini telah berja­ya di seluruh dunia?

“Kami masih lagi terbuka untuk mene­rima sebarang kritikan, komen dan pandangan malah bersedia untuk sebarang perbincangan lanjut de­ngan pelbagai pihak berkepentingan dalam hal pemilikan kediaman ini,” kata Kooi Ong.

FundMyHome memerlukan pembeli rumah membayar sebanyak 20 peratus harga rumah menggunakan wang sendiri atau pinjaman bank manakala baki sebanyak 80 peratus pula dibantu melalui dana daripada pelabur.

“Penghuni rumah itu tidak bo­leh keluar daripada komitmen se­pan­jang lima tahun menerusi skim ini kerana ia akan cetuskan spekulasi harga kepada pasaran hartanah tempatan,” jelas Kooi Ong lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori