Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mati Main Mercun, Penjaga...

KUCHING - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim hari ini...

Majlis Presiden Akan Tentukan...

PORT MORESBY (Papua New Guinea) - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir...

Melaka Anjur Showcase SDSI...

MELAKA - Kerajaan negeri akan menganjurkan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) kali...

Juruterbang Saksi Helikopter Terjunam...

KUALA LUMPUR - Seorang juruterbang sebuah pesawat yang kebetulan sedang terbang di kawasan...

Gara-gara ABCDE, Syarikat Terpaksa Mohon Maaf

USIANYA baru mencecah lima tahun dan sering menjadi bahan lawak kerana namanya hasil gabungan lima abjad pertama iaitu Abcde.

Kerana itu juga, syarikat penerbangan Southwest Airlines terpaksa memohon maaf selepas seorang kakitangannya didakwa mengejek kanak-kanak itu ketika pemeriksaan masuk penumpang ke pesawat syarikat berkenaan.

Portal BBC melaporkan kejadian berlaku apabila Traci Redford dan anaknya, Abcde dalam perjalanan pulang ke El Paso, Texas, dari Lapangan Terbang John Wayne di California.

Seorang kakitangan penerbangan itu mula ketawa dan merakamkan gambar pas masuk budak perempuan itu dan kemudian menyiarkannya di laman Facebook.

Kata Traci, salah seorang kakitangan bertugas yang memeriksa pas berlepas anaknya tiba-tiba ketawa.


“Dia kemudiannya menunjuk ke arah kami sambil bercakap dengan pekerja lain.

“Saya kemudian meminta mereka berhenti berbuat demikian,” katanya sambil menegur perbuatan kakitangan syarikat penerbangan itu.

Susulan kejadian itu, beliau mengambil keputusan memfailkan aduan rasmi kepada syarikat penerbangan itu.

Dalam pada itu, jurucakap Southwest Airlines, Chris Mainz berkata pihaknya secara ikhlas memohon maaf ke atas apa yang berlaku, dan menyatakan tindakan kakitangannya itu tidak cermin imej syarikat berkenaan yang hormati pelanggan. – Mstar

Kategori