KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Rantau Kepulauan Fiji kira-kira pukul 4.25 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, pusat gempa yang terletak di 17.9 darjah Selatan dan 178.9 darjah Barat dengan kedalaman 547 kilometer berlaku di 279km timur Laucala, Fiji.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak mendatangkan ancaman tsunami. – BERNAMA