Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ejen Khas FBI Hadir...

KUALA LUMPUR - Prosiding pendakwaan kali ketiga ke atas Datuk Seri Najib Tun...

Tanah Runtuh: Mayat Ibu,...

HULU SELANGOR – Dua mayat mangsa ke-17 dan 18 kes tanah runtuh di...

Nizar Guna Sentimen Kebencian...

KUALA KANGSAR - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata...

Kontraktor Tetak Rakan Guna...

SUNGAI PETANI: Dendam lama menjadi punca seorang lelaki ditetak menggunakan sabit hingga cedera...

Gerakan Sokong Polisi Baik Kerajaan PH

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan akan menyokong segala dasar baik yang dibawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) selagi ia menjurus ke arah kebaikan dan kepentingan rakyat.

Naib Presidennya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata parti itu juga akan memainkan peranan sebagai pemantau kepada PH.

“Walaupun kita memantau, tetapi pendekatan kita adalah berbeza daripada parti politik lain.

“Perbezaan itu ialah teguran parti akan disusuli dengan langkah penyelesaian untuk sebarang dan masalah dihadapi kerajaan,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Pada sidang media tersebut, beliau turut mengumumkan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong bakal bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada 17 Nov ini.


Seramai 1,500 perwakilan daripada peringkat cawangan, bahagian serta negeri akan diberi tanggungjawab memilih pimpinan kebangsaan.

Penamaan calon bagi pemilihan itu ialah pada 10 Nov ini. – BERNAMA

Kategori