Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pemergian Azfar Satu Tamparan...

KUALA LUMPUR - "Pemergian adik merupakan tamparan hebat buat kami sekeluarga," kata Muhammad...

Kerajaan Kaji Cadangan Mansuh...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memansuhkan visa bagi pelancong dari China...

Rumah PR1MA Dijenama Semula...

GEORGE TOWN - Pojek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibina di negeri ini...

DBKL Lancar Program Pemutihan...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal mengadakan program pemutihan bagi...

Gobind Minta TM Beri Penjelasan Selesai Isu Streamyx

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia meminta Telekom Malaysia (TM) memberi penjelasan dan cadangan penyelesaian berkenaan isu ketidakpuasan hati para pelanggan terhadap caj perkhidmatan jalur lebar, Streamyx.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata bahawa beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memanggil TM bagi meminta penjelasan berkenaan perkara ini dan satu laporan akan dikemukakan pada minggu depan.

“TM seharusnya lebih prihatin. Berikanlah penjelasan berkenaan isu Streamyx kepada pelanggan mereka. Apakah cadangan untuk selesaikan isu ini? Kalau infra copper Streamyx tidak mampu memberikan kelajuan tinggi, sila nyatakan dan sebut dengan jelas apakah langkah seterusnya?” katanya dalam catatan Twitter, hari ini.

Beliau juga menegaskan bahawa tindakan mendiamkan diri bukanlah satu pilihan terutamanya apabila terdapat ramai pengguna Streamyx di negara ini.

“Walau apa pun, TM harus menghargai pelanggan mereka dan memberikan respons…ramai yang mengadu tapi sehingga sekarang, tiada usaha daripada TM untuk terangkan masalah sebenar kepada pelanggannya dan apakah tindakan yang akan diambil,” tambahnya.


Gobind berkata demikian sebagai respons terhadap aduan beberapa pengguna Twitter berhubung akses Internet yang masih mengekalkan harga tidak berpatutan di seluruh negara yang didakwa tidak masuk akal. – BERNAMA

Kategori