Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kuching Akan Jadi Bandar...

KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak merancang untuk menjadikan Kuching sebagai sebuah bandar raya...

Sultan Selangor Selamat Nikah...

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah selamat diijabkabulkan dengan pembaca berita...

5 Guru Diberi Surat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan telah menghantar surat tujuk sebab kepada lima guru...

Polis Tahan 7 Individu...

KOTA KINABALU - Polis Kota Kinabalu menahan tujuh individu termasuk dua wanita selepas...

Graduan TVET Dilengkapi Kemahiran Seiring Dengan Revolusi Industri 4.0

JOHOR BAHRU – Graduan yang lahir daripada sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sememangnya dilengkapi dengan segala kemahiran yang sesuai dan seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Muhammad Sukri Saud berkata kesemua elemen TVET dari segi teknikal, pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari graduan TVET memang menghala kepada hala tuju IR4.0.

“Kita sudah melihat elemen IR4.0 dan kesemua TVET yang ada di Malaysia ini segi keperluan aliran teknikal, pengetahuan dan kemahiran memang bergerak ke arah IR4.0.

Banyak program-program dan sijil-sijil yang telah kita buat untuk seimbangkan keperluan TVET dan juga IR4.0 ini dan graduan TVET mempunyai peluang tinggi untuk mendapat pekerjaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Persidangan Antarabangsa Pendidikan & Latihan Teknikal dan Vokasional (TVETIC 2018) di sini hari ini.

Seminar TVETIC 2018 yang kali ketiga dianjurkan itu merupakan salah satu platform untuk membina rangkaian global dan kerjasama serta meningkatkan perkongsian idea dalam penyelidikan khasnya dalam TVET.


Sementara itu, Dekan Fakulti Teknikal dan Vokasional dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ridzwan Che’ Rus berkata seminar itu turut berkongsi tentang penemuan terkini pendidikan khususnya dalam bidang TVET.

“Kita berharap segala penemuan terkini dapat juga disebarkan kepada masyarakat supaya masyarakat turut mendapat manfaat daripada penyelidikan universiti yang akhirnya akan memberi kebaikan dalam TVET itu sendiri,” katanya.

Persidangan antarabangsa itu dianjurkan dengan kerjasama beberapa buah universiti iaitu UTM; UPSI; Persatuan Pendidikan Teknik dan Vokasional Malaysia (PPTVM); Bina Nusantara Universiti, Indonesia; Universitas Muhammadiyah Palu, Indonesia; Universitas Muhammadiyah Purwokerto, Indonesia; dan Rajamangala Universiti Teknologi Thanyaburi Thailand (RMUTT). – BERNAMA

Kategori