Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Singapura Maut Akibat...

BELIAU sepatutnya bakal menyambut tarikh kelahirannya yang ke-35 pada bulan ini dan warga...

Pusat Pengundian PRK Balakong,...

BALAKONG - Sebanyak 16 pusat pengundian dengan 128 saluran bagi Pilihan Raya Kecil...

Perak Hadapi Tugas Getir...

IPOH - Perak berdepan tugas getir untuk mengekal kedudukan kedua Liga Super Malaysia...

Jatuh Dalam Kawah Gunung...

Yogyakarta - Seorang pendaki dipercayai maut selepas terjatuh ke dalam kawah Gunung Merapi...

Guna Pendekatan Keterangkuman Tangani 10 Isu Sosial

KUCHING – Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak menggunakan pendekatan keterangkuman dalam menangani 10 isu sosial semasa, kata menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Sepuluh isu berkenaan ialah penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang; kehamilan remaja; perkahwinan dan penceraian; jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan wanita; keganasan rumah tangga; penyakit jangkitan kelamin, HIV dan AIDS; jenayah harta benda; gelandangan; masalah dokumen pengenalan diri; dan kesihatan mental.

Beliau berkata Sistem e-Data Sosial Sarawak yang diguna pakai sekarang sedang dalam proses penambahbaikan bagi tujuan meningkatkan mekanisme pemantauan terhadap trend sosial.

“Kementerian kini sedang bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu-isu berkenaan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementerian beliau pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengenai bantuan kebajikan, Fatimah berkata sejak Januari hingga Oktober tahun ini, kementerian berkenaan berjaya mencatat 57,821 kes dengan nilai bantuan berjumlah RM210 juta.


Beliau berkata kerajaan komited untuk memberi bantuan kepada penerima tidak produktif bagi memastikan kelangsungan hidup mereka yang lebih bermakna.

Bagi penerima masih produktif, katanya kementerian akan meneruskan bantuan melalui Program Pembangunan Usahawan Mikro Kebajikan (UMK) serta Pembangunan Kemahiran dan Kerjaya (PKK) supaya mereka boleh berdikari.

Beliau berkata pada 2018 sehingga kini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM7.7 juta untuk tujuan tersebut. – BERNAMA

Kategori