Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Surau Di Pusat Beli-Belah,...

Kerajaan hari ini memutuskan untuk membenarkan surau-surau di pusat beli-belah dan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dibuka semula bermula esok, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Ibu Dipercayai Bunuh Dua...

KOTA SAMARAHAN - Dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan empat tahun dipercayai dibunuh...

Ketua Dadah Hidup Macam...

ASUNCION - Polis Paraguay yang menyerbu bilik kurungan seorang ketua dadah terkejut mendapati...

Polis Tumpas Geng Samun...

TEMERLOH – Polis menumpaskan kumpulan samun dikenali 'Geng Jai' yang menjadikan buruh binaan...

Guru Biologi Marin Cipta Spongebob Meninggal Dunia

KENANGAN… Stephen Hillenburg, pencipta kartun SpongeBob Squarepants popular menerusi televisyen, pawagam dan pentas, disahkan meninggal dunia pada Isnin lalu dalam usia 57 tahun.

Menurut saluran televisyen kartun terkenal antarabangsa Nickelodeon, mendiang pada tahun lalu mendedahkan bahawa beliau hidap penyakit saraf Amyotrophic lateral sclerosis (ALS), yang juga dikenali sebagai Lou Gehrig.

“Kami amat dukacita atas pemergian Steve Hillenburg selepas bertarung dengan penyakit ALS,” menurut stesen itu dalam satu kenyataan. Mendiang dilahirkan pada 21 Ogos 1961 di Lawton, Oklahoma, Amerika Syarikat (AS).

Pereka siri kartun itu meninggal di San Marino, California. Nickelodeon menambah: “Beliau seorang rakan yang dicintai dan rakan kreatif kepada semua orang di Nickelodeon. Jiwa kami berada bersama anggota keluarga beliau.”

Hillenburg asalnya merupakan guru biologi marin di Orange County Marine Insitute, California Selatan apabila mula mereka makhluk bawah laut sebagai sumber pengajaran kelas termasuk menerusi komik, The Intertidal Zone.

Episod pertama SpongeBob SquarePants – yang papar span kuning ceria tinggal dalam nanas di bawah laut, serta rakannya Krabs, Larry, Patrick dan restoran Krusty Krab – mula disiarkan pihak stesen televisyen di AS pada 1999.


Siri rancangan itu menang beberapa anugerah selain hasil pelbagai buku, dua filem Hollywood dan satu pementasan muzikal Broadway. Siri televisyen itu juga disiarkan di lebih 200 negara dan dialih bahasa kepada lebih 60 bahasa.

“Steve menerapkan SpongeBob SquarePants dengan kandungan lawak jenaka unik dan kelurusan yang ceriakan beberapa generasi kanak-kanak serta keluarga di mana-mana di dunia,” menurut kenyataan Nickelodeon lagi.

Stesen berkenaan menambah: “Watak-watak akuatik yang sangat asli dan dunia Bikini Bottom akan kekal sebagai peringatan nilai optimisme, persahabatan di samping kuasa imaginasi tanpa batasan.” – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori