Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tangan Disambar Buaya Masa...

KALIMANTAN TIMUR - Seorang lelaki bernasib malang apabila tangan kanannya cedera parah setelah...

Firman Vokalis Baharu Kumpulan...

UMUM mengetahui kumpulan Hyper Act sudah dua kali bertukar vokalisnya. Dari Ronie ke...

Jawatan TPM, Bongkar Matlamat...

KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata...

Najib Umum Habuan Lebih...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri...

Harga Barangan Kawalan Deepavali Terkawal

KULIM – Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2018 yang bermula hari ini berjalan lancar dengan harga 16 jenis barangan berada pada paras kawalan atau dijual pada harga lebih rendah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata mengambil contoh tinjauannya ke Pasar Awam Kulim di sini hari ini, beliau mendapati masyarakat sedar bahawa skim itu sedang berjalan dan kesemua premis juga meletakkan tanda harga.

“Saya tengok memang ada penurunan harga, bahkan ada beberapa item tertentu harganya lebih rendah daripada harga syiling yang ditetapkan, contoh daging kambing segar harga borong dalam skim ini kami tetapkan RM44, harga runcit RM47, saya tengok ada yang jual RM42 sekilogram (harga runcit), beza RM5 daripada harga runcit yang ditetapkan.

“Walaupun begitu saya suka mengambil peluang ini untuk terus menasihati para peniaga agar sepanjang tempoh skim ini berjalan agar patuh kepada peraturan kawalan harga, kegagalan mematuhinya hanya akan mengundang pegawai penguatkuasa saya sampai dan mengambil tindakan,” katanya selepas melancarkan skim berkenaan di sini hari ini.

Beliau turut meminta pengguna untuk menyalurkan aduan kepada pihaknya selepas ini melalui pelbagai saluran yang ditetapkan seperti emel [email protected] atau aplikasi WhatsApp ke nombor 019-2794317.


Sebanyak 16 jenis barangan disenaraikan di bawah skim itu bersempena sambutan Deepavali pada Selasa ini seperti ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging kambing tempatan dan import bertulang, daging biri-biri import bertulang, telur ayam, tomato, kelapa biji dan parut, bawang besar, ubi kentang dan kacang dal. – BERNAMA

Kategori