Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mengapa Saya Tak Sokong...

DALAM Majlis Sambutan Ulang tahun DAP ke-50 di Bayan Lepas, Pulau Pinang baru-baru ini,...

Lelaki Nama ‘Mat Juta...

ENAM pelajar lelaki bukan hanya dimarahi tanpa sebab, tetapi turut menjadi mangsa peras...

ADUN DAP Bantah Pengharaman...

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran...

Paris Hilton Nak Saman...

SOSIALIT terkenal, Paris Hilton melalui detik paling menakutkan dalam hidupnya apabila dia ditipu...

Harga Gajus Rendah, Presiden Tanzania Pecat Dua Menteri

DAR ES SALAAM – Presiden Tanzania, John Magufuli, berkata kerajaan mampu membeli stok gajus negara itu selepas beliau memecat dua menteri dan membubarkan pengawal selia industri terbabit dalam satu pertikaian berhubung harga komoditi tersebut.

Bulan lepas, Magufuli mengarahkan kenaikan sebanyak 94 peratus bagi harga gajus pada lelongan pengawal selia industri itu dan memecat ketua-ketua organisasi terbabit dalam satu langkah yang disifatkan beliau sebagai bertujuan melindungi petani daripada harga rendah yang merugikan.

Gajus merupakan tanaman eksport negara Afrika Timur itu yang paling bernilai, namun kejatuhan harga telah mendorong para petani Tanzania menghentikan penjualan kerana mendakwa kos operasi lebih tinggi berbanding hasil yang diperoleh.

Menteri Pertanian, Charles Tizeba dan Menteri Perdagangan, Charles Mwijage telah digugurkan daripada jawatan masing-masing, kata presiden itu.

Japhet Hasunga telah dinamakan sebagai Menteri Pertanian yang baharu manakala Joseph Kakunda akan bertanggungjawab dalam perdagangan.

Magufuli, yang mendakwa lembaga gajus gagal menguruskan industri dengan betul sehingga menyebabkan kejatuhan harga komoditi tersebut, turut membubarkan badan itu.

Kerajaan Tanzania telah meminta para pembeli gajus menyerahkan pelan pembelian mereka menjelang Isnin.


Pada Sabtu, Magufuli telah melawat satu unit tentera dan memeriksa 75 kenderaan yang bakal digunakan kerajaan bagi memudahkan pembelian gajus di negara itu jika pembeli swasta gagal berbuat demikian pada harga yang ditetapkan oleh kerajaan, iaitu 3,000 Shilling (US$1.31) bagi setiap kilogram.

Kerajaan akan menggunakan tentera dan lembaga tanaman campuran untuk membeli semua gajus pada harga lebih tinggi daripada 3,000 Shilling, kata Magufuli.

“Jika pembeli swasta gagal memberi respons kepada kerajaan dan memaklumkan kepada kami berapa tan yang mereka ingin beli menjelang Isnin, kerajaan akan membeli semua gajus dan kami memiliki wang untuk berbuat demikian,” katanya.

Para petani telah mengadu bahawa harga semasa 1,500 Shilling bagi sekilogram gajus tidak berupaya menampung kos pengeluaran mereka. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pecat

Kategori