Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Peluang Dedah Pemain Simpanan...

ALOR SETAR - Kelebihan jaringan besar yang dimiliki Kedah, memberi keyakinan buat pengendalinya,...

SEGERA : Tiga Juruterbang...

SEPANG - Dua juruterbang dan seorang pembantu juruterbang antara sembilan jenazah mangsa nahas...

Ada Motosikal, Boleh Jadi...

SHAH ALAM - Jika para belia mempunyai motosikal dan berminat berniaga, maka mereka...

Hanis Zalikha Tak Mahu...

SEPERTI yang semua tahu, kisah hubungan cinta di antara pelakon Hairul Azreen dan...

Harimau Malaya Jinakkan Maldives 3-0

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya melepasi ujian awal sebelum memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2018 selepas melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas Maldives dalam perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan renyai-renyai itu, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan berhati-hati di awal perlawanan dan bola banyak berlegar di kawasan tengah padang.

Namun pada minit ke-15, bermula dengan gerakan Norshahrul Idlan Talaha yang bijak melakukan hantaran ke dalam kawasan penalti, pantas disambut Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak yang menampan bola menerjah gawang Maldives untuk jaringan pertama negara.

Berselang seminit kemudian, pasukan pelawat yang terkenal dengan jolokan ‘The Red Snapper’ itu hampir menyamakan kedudukan apabila rembatan Ali Fasir hasil dari satu serangan balas berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan keputusan 1-0 kekal sehingga separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, perlawanan menjadi lebih rancak dengan Maldives terdesak untuk mencari gol penyamaan dan barisan anak buah Tan Cheng Hoe pula semakin bersemangat untuk menggandakan jaringan.

Beberapa pertukaran dilakukan Cheng Hoe pada separuh masa kedua antaranya dengan mengeluarkan penjaring pertama, Zaquan Adha dan memasukan penyerang sensasi kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid.


Percaturan itu ternyata berhasil apabila Safawi berjaya menyumbat gol kedua negara pada minit ke-80 dengan satu libasan kencang berpunca daripada satu sepakan sudut yang gagal ditumbuk keluar oleh penjaga gol Maldives, Hussain Shareef.

Penyerang naturilisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh melengkapkan malam gemilang Harimau Malaya apabila gerakan solonya berjaya disudahkan dengan satu rembatan menggegarkan gawang Maldives pada masa kecederaan untuk jaringan ketiga skuad kebangsaan.

Maldives, selaku juara Piala Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF), September lalu, menghuni ranking ke-151 dunia manakala Malaysia berada di kedudukan ke-169

Kemenangan tersebut sudah pasti menjadi tonik untuk skuad negara menjelang perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF menentang Kemboja di Phnom Penh, Khamis ini. – BERNAMA

Kategori