Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

5,500 Polis P.Pinang Bertugas...

GEORGE TOWN - Seramai 5,500 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang pilihan...

Remaja Maut, 4 Rakan...

ALOR SETAR - Seorang remaja maut manakala empat rakannya cedera apabila kereta mereka...

MB Pahang Sertai 1000...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob malam ini menyertai 1,000...

Durakovic Mahu Piala Malaysia...

SHAH ALAM – Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic mahu merangkul Piala Malaysia buat...

Harimau Malaya Rebah Di Hanoi

HANOI – Rekod bersih yang cuba dipertahankan Harimau Malaya pada kempen Piala AFF 2018 tercalar apabila tewas 0-2 kepada pasukan pilihan, Vietnam malam tadi.

Dua gol pasukan tuan rumah pada setiap babak dalam aksi di Stadium Nasional My Dinh memusnahkan impian skuad kendalian Tan Cheng Hoe untuk melangkah awal ke separuh akhir.

Malaysia yang juga juara edisi 2010 kini hanya mengumpul enam mata hasil kemenangan ke atas Kemboja serta Laos dan terpaksa menunggu perlawanan terakhir dengan Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 November untuk mengesahkan slot ke pusingan seterusnya.

Skuad Harimau Malaya bertandang ke Hanoi dengan misi mengulangi detik cemerlang menewaskan Vietnam 4-2 pada separuh akhir kedua edisi 2014 untuk mara ke final menerusi agregat 5-4.

Sedar dengan reputasi hebat pasukan tuan rumah di ranking ke-102 dunia, Cheng Hoe melakukan empat pertukaran dengan memasukkan Shahrel Fikri Md Fauzi, Mohamadou Sumareh dan Akhyar Rashid bagi menguatkan jentera serangan manakala Syamer Kutty Abba bertahan di bahagian tengah.

Ia tidak berjalan seperti yang dijangkakan apabila Malaysia lebih banyak menguasai bola manakala pasukan tuan rumah, juara 2008 lebih banyak bertahan pada babak pertama.

Vietnam hampir dikejutkan dengan serangan awal Malaysia apabila pemain sayap naturalisasi Sumareh berjaya meloloskan diri di bahagian kanan namun bola hantaran lintang ke dalam kotak penalti gagal disambar rakan sepasukan.


Namun hanya satu gerakan bahaya skuad The Golden Dragons berjaya menggamatkan 40,000 penyokong apabila ‘Messi Vietnam’ Nguyen Cong Phuong yang tidak dikawal berjaya menolak masuk bola menewaskan kapten Khairul Fahmi Che Mat di gawang pada minit ke-12.

Skrip sama berulang pada separuh masa kedua apabila skuad negara mendominasi permainan namun buntu untuk memecahkan benteng Vietnam.

Selepas menyaksikan sepakan percuma pemain gantian Safawi Rasid pada minit ke-58 ditepis keluar penjaga gol Dang Van Lam, anak buah Cheng Hoe sekali lagi dihukum.

Penyerang Nguyen Anh Duc bijak melakukan larian dalam kotak penalti untuk melepaskan rembatan kaki kiri menewaskan Khairul Fahmi bagi memberikan tuan rumah gol kedua pada minit ke-60.

Kemenangan itu meletakkan Vietnam yang baru beraksi dua perlawanan mengungguli Kumpulan A menerusi kelebihan jaringan apabila mengumpul enam mata diikuti Myanmar yang mengalahkan Laos 3-1 manakala Malaysia di tangga ketiga. – BH Online

Kategori