MONACO – Thierry Henry terus ditimpa nasib malang gagal mencatatkan kemenangan sejak mengambil alih Monaco dan awal pagi ini pasukan bimbingannya diaibkan dengan kekalahan 4-0 oleh pasukan tidak ternama Brugge perlawanan Liga Juara-juara.
Penyerang gergasi, Hans Vanaken menjaringkan dua gol dengan gol kedua daripada sepakan penalti, manakala penyerang dari Brazil Wesley mencatat gol ketiga ketika permainan baru bermula 24 minit.
Ruud Vormer mengkritik kekalahan terburuk Monaco di gelanggang sendiri walaupun dia menjaringkan gol saguhati lima minit sebelum wisel penamat.
Keputusan memeritkan itu ketika kelab itu sedang bergelut dengan pelbagai isu termasuk pemilik kelab Dmitry Rybolovlev ditahan polis berhubung tuduhan rasuah.
Henry mengekalkan rekod tanpa kemenangan dalam lima perlawanan selepas mengambil alih tugas daripada Leonardo Jardim bulan lalu dan merupakan tugas pertama sebagai pengurus pasukan dan menjadikan Monaco kekal tanpa kemenangan dalam 12 perlawanan.
“Saya kecewa cara kami bertindak balas apabila ketinggalan. Kami bermula baik, tetapi apabila ketinggalan kami berhenti bermain dan ini sedikit membimbangkan,” kata Henry.
Pemain pertahanan Djibril Sidibe turut melahirkan rasa kecewa dengan persembahan Monaco.
“Ia cukup memalukan. Walaupun kita berusaha tetapi akhirnya hasil yang dikira. Kami tidak bermain di tahap sepatutnya,” katanya.
“Setiap pemain perlu menanya diri sendiri jika dalam perebutan bola 50-50 gagal, ini bermakna kemenangan tidak akan berpihak.”
Monaco, juara liga Perancis 2017, akan disingkirkan daripada pertandingan jika Atletico Madrid tumpaskan pendahulu kumpulan A, Borussia Dortmund. – AFP