Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KPT Siap Siaga Hadapi...

SEPANG - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi...

Puteri UMNO Buat Rombakan...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri Umno akan menyusun semula 23 bironya untuk memantapkan...

Datuk Seri Vida Nafi...

BARU-BARU ini, timbul khabar angin mengatakan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida sudah...

Isu Tanah FELDA: Isa...

GEORGE TOWN - Polis tidak menolak kemungkinan memanggil bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri...

Himpunan Perdana Rakyat Tolak ICERD Diteruskan

Himpunan Perdana Rakyat Tolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadualkan di ibu negara 8 Disember ini akan tetap diteruskan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia akan diadakan waima Pejabat Perdana Menteri semalam keluar kenyataan berhubung keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak ratifikasikan ICERD.

Malahan, tindakan tergesa-gesa pejabat Tun Dr. Mahathir Mohamad terpaksa keluar kenyataan media tersebut juga tidak akan menghentikan rancangan asal pembangkang untuk berhimpun secara besar-besaran di Dataran Merdeka.

“Pihak PAS mengalu-alukan keputusan kerajaan PH konon untuk tidak meratifikasi ICERD sebagaimana kenyataan akhbar oleh Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya yang telah dimaklumkan hanya menerusi siaran media.

“Namun rancangan asal Himpunan Perdana Rakyat Tolak ICERD yang dijadualkan pada 8 Disember depan di Dataran Merdeka akan tetap diteruskan,” kata Tuan Ibrahim menerusi satu kenyataan di ibu negara.

Kerajaan PH dalam kenyataan itu mengesahkan tidak ratifikasi ICERD dan akan terus pertahan Perlembagaan Persekutuan yang termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini.

Bagaimanapun, jelas Tuan Ibrahim, rancangan itu akan bertukar format kepada himpunan kejayaan dan kesyukuran rakyat menolak ICERD yang akan diisi dengan solat hajat dan ucapan daripada pimpinan.


Katanya, rakyat telah menunjukkan kesediaan untuk menyertai himpunan tersebut dengan pelbagai persiapan di negeri masing-masing dan soal tempat terserah kepada urusetia penganjur.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Azman Ibrahim mengesa kerajaan PH memberi kenyataan lebih jelas dan tegas berkenaan halatuju terhadap ICERD.

Ini memandangkan Mahathir selaku Pengerusi PH pernah mendakwa konvensyen tersebut mustahil diratifikasi kerana PH konon tidak punya kedudukan majoriti dua pertiga di Parlimen sendiri.

Beliau mempersoalkan sama ada PH akan pinda Perlembagaan Persekutuan jika memiliki majoriti dan beri laluan kepada pelaksanaan ICERD yang hingga kini kekal jadi kebimbangan dan kecurigaan rakyat. – Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • ICERD

Kategori