Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat, Cari Pihak...

ARAU - Polis akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyiasat dan mengenal pasti pihak...

Dokumen Kes Rosmah Diserah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini diberitahu hampir 99.9 peratus dokumen berkaitan...

10 Kenderaan Parkir Rosak...

PUTRAJAYA - Sepuluh kenderaan yang diparkir di bahu jalan di kawasan belakang Kompleks...

Jerebu: Mesej Dari Si...

GAMBAR memaparkan seorang kanak-kanak Indonesia memegang sekeping nota yang ditujukan kepada Presiden Jokowi Widodo...

Infografik Tanda Awal Budak Mangsa Dera Akan Dilancar

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan melancarkan infografik yang boleh menjadi panduan serta amaran awal kepada masyarakat bahawa seorang kanak-kanak itu mungkin menjadi mangsa dera.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata ini kerana kes penderaan ke atas kanak-kanak bukan sahaja dilakukan oleh pengasuh malah juga oleh ibu bapa mereka sendiri termasuk di kalangan mereka yang terbabit dengan gejala dadah.

“Kita (kementerian) akan lancarkan infografik untuk memberi kesedaran terutama kepada ibu bapa apakah tanda-tanda yang menjadi ‘loceng amaran’ kepada kes seperti dera.

“Kanak-kanak yang dihantar ke mana-manapun janganlah percaya sepenuhnya, ibu bapa pun ada kes seperti masalah dadah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seks Wanita dan Kanak-kanak (D11) di Bukit Aman hari ini.

Dalam pada itu, katanya, ketika ini pengasuh yang menjaga kurang daripada empat kanak-kanak pada satu-satu masa tidak perlu berdaftar di bawah kementerian namun mereka digalakkan untuk berbuat demikian.

“Kita memang nak semua didaftar (pengasuh kanak-kanak) tetapi sekarang ini kurang daripada empat kanak-kanak yang dijaga tidak diwajibkan berdaftar tapi digalak untuk mendaftar, kita nak ibu bapa mencari tempat pengasuh yang berdaftar,” kata Dr Wan Azizah.

Terbaru kejadian kes dera kanak-kanak melibatkan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan yang meninggal dunia disyaki akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan suami kepada pengasuhnya sendiri dalam kejadian di Bandar Baru Bangi dekat sini, Jumaat lepas selepas dua hari dilaporkan kritikal di Hospital Serdang dekat sini.


Susulan kejadian itu seorang pengasuh berusia 28 tahun bersama suaminya, 36 tahun, direman untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata Polis Diraja Malaysia bersedia memberikan kerjasama kepada ibu bapa yang mahu mendapatkan maklumat latar belakang pengasuh sama ada mempunyai kes jenayah atau sebaliknya.

“Kita juga boleh bantu ibu bapa yang mahu membuat semakan latar belakang pengasuh kepada anak-anak mereka, tidak ada masalah,” katanya ketika ditemui pada majlis yang sama. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Dera

Kategori