Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bimbang Dibom, Peminat Gesa...

WASHINGTON DC - Peminat merayu Justin Bieber agar membatalkan konsert di Britain ekoran...

Dakwa Zahid Untuk ‘Bunuh’...

APA yang berlaku kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada...

Peniaga Didenda Cederakan Pekerja...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara dua bulan...

Hilang RM131,630, ‘Hadiah’ Tak...

KUANTAN - Teruja untuk menerima pelbagai barangan mewah daripada kenalan laman sosial, seorang...

Inisiatif Baharu KR1M Libat Banyak Rakan Strategik

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menambah lebih banyak penglibatan rakan strategik dalam inisiatif baharu program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi membekalkan barangan pada harga berpatutan menggunakan jenama barangan itu sendiri.

Langkah itu yang juga bertujuan mengelak monopoli pihak tertentu, kata ​​​​​​​Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen.​​​​​​​

Beliau berkata penyertaan syarikat peruncitan yang berkaliber dan mempunyai kewangan kukuh juga akan ditambah dari semasa ke semasa.

“Selain itu, penjualan barangan yang murah tidak lagi diutamakan di bawah inisiatif ini, namun begitu apa yang dipromosikan adalah barangan yang dijual pada harga berpatutan dengan menggunakan jenama barangan itu sendiri,” katanya menjawab soalan S. Kesavan (PH-Sungai Siput) mengenai langkah diambil kerajaan bagi mencapai objektif penubuhan rangkaian kedai KR1M pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.​​​​​​​​​​​​​​

Chong berkata kementerian akan mengadakan proses perundingan dan mengambil kira pandangan serta maklum balas daripada pelbagai pihak bagi menentukan barangan yang bakal ditawarkan dalam inisiatif baharu itu.


Menjawab soalan tambahan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) berhubung sama ada inisiatif baharu KR1M itu menyimpang daripada matlamat asal untuk menawarkan harga barangan yang murah, Chong berkata berdasarkan maklum balas awam, barangan dijual KR1M sebelum ini tidak murah selain tidak bermutu.

“Ini aduan yang kita terima dan kita memandang bahawa harga barang adalah ditentukan oleh kuasa pasaran, kita tidak boleh mengganggunya terlalu banyak dalam penentuan harga,” katanya.​​​​​​​

Operasi KR1M ditutup sepenuhnya pada 30 Okt 2017, namun program itu dijenamakan semula sebagai KR1M 2.0 pada Februari lalu. – BERNAMA​​​​​​​

Kategori