Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lebih 90,000 Kes Denggi...

PETALING JAYA - Sebanyak 92,891 kes denggi membabitkan 214 kematian direkodkan di seluruh...

Malaysia Isytihar ‘Perintah Kawalan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan selama dua...

Mufti Perlis Pertahan Zakir...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin adalah antara berpuluh-puluh...

Kajian Semula Pendapatan Garis...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan telah memulakan...

Insiden Bir: Fokus Umat Islam Cuba Dialih

INSIDEN seorang lelaki mengherdik seorang promoter bir di sebuah pasar raya menambahkan senarai peristiwa yang menjadi tular dan pelakunya mendapat kecaman netizen.

Oleh kerana pelaku perbuatan mengherdik dan mengganggu itu seorang lelaki Melayu, maka kita dapat lihat dengan cepat netizen termasuk yang tidak pasti identit mereka turut serta mengecam.

Mereka melondehkan segalanya tentang lelaki itu termasuk tempat sekolah anaknya, yang boleh membahayakan anak-anak terbabit.

Seorang pemimpin DAP dengan cepat beraksi membuat laporan polis terhadap pemuda itu untuk menuntut tindakan ke atasnya.

Ini sama sekali tidak menghairankan kerana begitulah kebiasaannya apabila melibatkan isu yang menyingung mereka.

Apa yang tambah menyedihkan, netizen beragama Islam turut sama mengecam pelaku itu, dan tidak memberatkan perbuatan mempromosi bir di tempat terbuka itu.

Perbuatan mempromosi bir itu sebenarnya sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku di tempat terbuka, apatah lagi di negara majoriti umat Islam ini.

Pada masa kerajaan sedang berusaha menyekat perokok daripada merokok di tempat awam, amatlah wajar arak yang lebih mudarat juga disekat promosinya secara terbuka.

Akibat kecaman bertalu-talu netizen, pelaku itu sudah meminta maaf. Tetapi “hukuman” ke atasnya sudah dilaksanakan oleh netizen.

Akhirnya, perbuatan promosi arak tenggelam di celah-celah kecaman netizen dan sikap apologetik keterlaluan orang Islam sendiri.


Tetapi isu yang lebih besar dibayangi oleh insiden ini ialah fitnah seorang menteri kerajaan Pakatan Harapan, Waytha Moorthy yang mendakwa kekejaman ala pembersihan etnik dilakukan terhadap penganut Hindu di Malaysia.

Netizen Malaysia yang mudah dialihkan perhatian kepada isu lebih panas dengan mudah dialihkan perhatian kepada insiden bir ini pula.

Bekas pemimpin Hindraf ini mungkin boleh menarik nafas lega seketika apabila isu “orang Islam yang tidak toleran dan menindas minoriti” muncul tersebar seolah-olah membenarkan fitnahnya.

Kita tidak tahu apa yang mendorong pemuda itu mengherdik promoter bir tersebut, tetapi masanya melakukan perbuatan itu memberi bola tanggung kepada kelompok anti-Melayu.

Isu fitnah Waytha Moorthy lebih buruk dan lebih besar implikasinya kepada keharmonian kaum di Malaysia kerana kedudukannya sebagai menteri dalam kabinet sekarang.

Beliau mesti terus didesak memohon maaf dan meletak jawatan segera, kerana beliau sendiri tidak menafikan dan menarik balik fitnahnya itu.

Orang seperti ini tidak sepatutnya diberi tempat dalam pentadbiran negara, kerana sudah jelas sikapnya bermusuhnya terhadap penduduk majoriti negara ini. – Mynewshub.tv

Kategori