Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tiada Jalan Pintas Untuk...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu tidak wujud ‘jalan pintas’...

Brahim’s, MAS Lanjut Rundingan...

KUALA LUMPUR - Brahim's Airline Catering Sdn Bhd, anak syarikat 70 peratus milik...

UMNO Lakukan Gencatan Politik,...

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan bahawa...

Annuar Musa Resah Prestasi...

KOTA BHARU - Penaja utama skuad The Red Warriors (TRW), Tan Sri Annuar...

Inspektor Polis Dijel 2 Tahun Kerana Cabul Di Lif

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mensabitkan dan menjatuhi hukuman penjara dua tahun terhadap seorang inspektor polis kerana mencabul kehormatan seorang petugas wanita di dalam lif ibu pejabat polis di Negeri Sembilan pada 2012.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim menolak pembebasan N. Prabu daripada pertuduhan itu berikutan rayuan pihak pendakwaan.

Prabu, 34, diperintahkan menjalani hukuman penjara mulai hari ini.

Hakim Ahmadi yang mempengerusikan panel hakim itu berkata, mahkamah menjatuhi hukuman penjara dua tahun selepas mengambil kira fakta bahawa Prabu adalah inspektor polis dan merupakan timbalan ketua bahagian Narkotik di ibu pejabat polis daerah Jempol ketika kesalahan itu dilakukan terhadap seorang wanita yang bekerja di ibu pejabat polis yang sama.

Beliau berkata kesalahan itu seharusnya memberi pengajaran kepada Prabu.

Prabu didakwa mencabul kehormatan wanita berusia 39 tahun itu dengan menyentuh payudaranya di dalam lif Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan pada jam 12.30 tengah hari, 29 November 2012.


Dia pada mulanya dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil membela diri dan Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan itu.

Berikutan rayuan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah Rayuan memerintahkan Prabu supaya membela diri.

Di akhir kes pembelaan, dia sekali lagi dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret dan Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan itu, menyebabkan pihak pendakwaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail mewakili pendakwaan manakala Prabu diwakili peguam Datuk Hanif Hassan. – BERNAMA

Kategori