Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Azmin Ali Ambil Pendekatan...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil pendekatan...

Wabak Koronavirus Dijangka Berlarutan...

TORONTO - Koronavirus yang kini sedang melanda China dan beberapa negara di seluruh...

PRU14: Nawawi Ahmad Jadi...

LANGKAWI - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad,...

Sumbangan Komuniti Hokkien Dalam...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini memberi...

IPD K. Terengganu Tawar Diskaun Saman Trafik

KUALA TERENGGANU – Ibu Pejabat Polis Daerah menawarkan diskaun 50 peratus bagi saman trafik sempena hari pelanggan pada 30 Nov dan 1 Dis ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Suffian Sulaiman berkata kaunter tawaran akan dibuka di Anjung Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu selama dua hari itu bermula pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.

“Orang ramai digalakkan menggunakan peluang yang ada bagi menjelaskan saman yang tertunggak, hanya bayaran tunai diterima” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya tawaran diskaun itu tidak melibatkan saman kemalangan, saman kesalahan ‘Ops Selamat’ tahun semasa, saman berstatus waran tangkap atau senarai hitam tahun semasa, saman berstatus bukan kompaun, saman status budi bicara dan saman lori.

Dalam perkembangan lain, Suffian berkata Polis Terengganu sedang berusaha mengesan Khairul Azmiezan Azmal, 25, dari Kampung Tok Kaya, dan Mohd Faizol Mamat dari Kampung Kubang Badak, di sini, bagi membantu siasatan berhubung kes curi di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru- baru ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Kuala Terengganu untuk membantu siasatan. – BERNAMA

Kategori