Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Angka 4, Warna Kuning:...

ANEH dan pelik... sudah diberi amaran berkali-kali bahawa himpunan Bersih 4.0 adalah haram...

SPRM Ada Cukup Bukti...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu bahawa wujud keterangan mencukupi...

Mengaku Saja Lah: Tunku...

BEKAS NAIB pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim berpendapat...

Lagu Tribute Untuk Bomba...

KUALA LUMPUR - Tidak sampai dua bulan dihasilkan, lagu ‘Perginya Sahabat Wira’ yang...

Israel Akui Gerun Dengan Tindak Balas Hamas

ISRAEL terbukti takut dengan Hamas apabila menterinya sendiri mengakui meneruskan serangan terhadap Gaza akan mengundang padah kepada tentera Israel.

Menteri kerjasama serantau Israel, Tzachi Hanegbi mengakui baru-baru ini kekuatan dan keupayaan Hamas melancarkan serangan lebih berkesan terhadap Israel.

Menteri Israel itu turut menyokong tindakan Benjamin Netanyahu, perdana menteri negara haram itu menghentikan serangan, kerana Hamas mempunyai sebab untuk menyerang balas.

Katanya, Israel akan mengisi 500 keranda dengan mayat tenteranya jika mereka dikerah memasuki Gaza.

Katanya lagi, serangan Hamas terhadap selatan Israel tidak seteruk berbanding sekiranya serangan lebih teruk dikenakan ke atas Gaza hingga memaksa Hamas bertindak balas.

Kenyataan menteri itu mencetuskan kontroversi seluruh Israel merentasi parti-parti politik, tetapi menteri itu kemudian menjelaskan kenyataannya yang disalah faham itu.

“Maksud saya ialah kempen (ketenteraan) besar-besaran terhadap Gaza akan mengakibatkan banyak kematian tentera kita, serangan besar-besaran terhadap Tel Aviv, kemusnahan ekonomi yang serius, menjejaskan pergerakan udara Israel, dan memberi kesan pada ekonomi dan pada pelancongan.”


Insiden minggu lalu itu menyaksikan Briged al-Qassam mematahkan satu misi rahsia pasukan elit Israel dekat kem Khan Younis, menyebabkan kematian komander unit pasukan Israel itu.

Operasi rahsia itu mencetuskan perbalahan dalam kerajaan Israel hingga menyebabkan Avigdor Lieberman, menteri pertahanan Israel meletak jawatan dan Netanyahu dikritik kerana tidak bertindak keras menyerang Gaza.

Serangan itu berjaya membunuh seorang pejuang Palestin, tetapi mengejutkan Israel kerana operasi mereka di Gaza berjaya dikesan oleh Hamas.

Operasi itu juga dikatakan mendapati keupayaan Hamas lebih daripada yang disangka selama ini. – Agensi

Kategori